Sunday, June 7, 2009

Satu Dunia 1 MALAYSIA

Memandangkan scoot aku kat bengkel lg, so semalam aku pi keja naik bas. Wah! lama betul tak naik public transport pi KL..rasa macam teruja plak..

Bayar tambang RM2 aku gerak dari Sg Buloh sampai kat Central Market. Turun je bas kat CM tu aku rasa lain macam...Uit ! Adakah aku bermimpi...ni Jakarta ke KL? Walawei..ramai betul mat2 indon kat situ..toleh kiri indon..toleh kanan indon..Aku masuk CM plak..kali ni penuh mat2 saleh dok shopping kraftangan kita. Sape kata kraftangan kita tak bagus ? Ada 3-4 orang pelancong tu penuh tangan duk bimbit plastik, macam2 diorg borong. Erm..sempat gak la aku beli "cincin tunang" untuk diri sendiri..huhu

Yang tak bestnya naik bas pi keja ni, aku kena catwalk dari CM ke Bukit Bintang..bayangkan betapa jauhnya kaki nak melangkah. Lalu plak kat area Petaling Street yang penuh dengan kepalsuan tu. Kali ni terasa macam sebelah kaki kat Myanmar sebelah kaki kat Vietnam..ish..ish..macam2 ragam mat2 Myanmar ngan mat2 Vietnam kat area tu...Belum lagi lalu kat kawasan tumpuan mat2 Bangla ngan mat2 Nepal depan Mydin Pudu, kawasan mat2 Negro sekitar Bukit Bintang...lagi la sesak..maklumla semalam kan cuti umum. So time cuti camni la diorg semua serbu KL jumpa kengkawan, sanak sedara dan sepupu sepapat.

Bila fikir balik aku rasa kita kat Malaysia ni memang cukup beruntung. Boleh dikatakan lubuk rezeki kalau tak takde la PATI & PADI berduyun - duyun datang sini cari keja kan. Apa saja keja diorg leh buat janji dapat duit nak sara idup. Cuma masyarakat kita je yang kadang-kadang terlalu memilih kerja. Kerja penat sikit tak boleh , kerja kotor sikit tak boleh..macam2 alasan lagi yang boleh kita dengar. Tak kisah la kan rezeki masing - masing. Yang penting kena bijak cari peluang teruskan hidup.

p/s : PATI = Pendatang Asing Tanpa Izin  & PADI = Pendatang Asing Dengan Izin

p/s2 : kalau korang pi CM,  jangan lupa masuk toilet kat sana. Perghhh!!! CANTIK GILA !! Dekorasi yang sungguh mengasyikan..dan CM dah tak macam dulu..AKU KAGUM ! huhu

p/s3 = Meh la kita sama - sama bersyukur sebab dapat hidup kat negara bertuah cam Malaysia ni. 

3 comments:

I am Karl said...

yup..

CM ada improvement dh..

washroom die classic sgt2 kan.. pintu pun kayu nk kene selak pun guna kayu kan...

Miss Hazzy said...

wawawahhh...
tatau pulak hazzy...

rizz said...

toilet cm da cntek keww huhu