Thursday, January 7, 2010

yang patut KAU"org" tau..

Dalam tempoh masa setahun :
  • purata aku send sms sebulan 1500++
  • aku abiskan rm300-rm400 utk bil telipon
  • aku lebih pentingkan org lain daripada diri sendri
  • aku lebih amik berat pasal org lain berbanding diri sendri
  • aku lebih sanggup berkorban utk org lain dpd family sendri
  • aku lebih banyak abiskan masa fikir pasal org lain dpd fikir pasal diri sendiri
  • aku lebih banyak dengar lagu sedih dpd lagu happy2
  • emosi aku lebih banyak terganggu
  • aku lebih menghargai dpd dihargai
Bukan nak mengungkit cuma nak ingat kan diri sendri. Bukan nak minta 'award' cuma nak rasa dihargai. Yang seterusnya biarlah mcm tu aja. Skrip dah tertulis..aku cuma ikut aja.

p/s : entry ni lahir dari ati, kadang2 kita tak sedar apa yang kita buat..walaupun yang kita buat tu tak tercapai dek akal.

Tuesday, January 5, 2010

2010

Assalammualaikum.
Eh!! dah 5 Jan 2010 rupanya..wooo..cepat tul masa berlalu...rasa macam baru je semalam aku terkesima tengok percikan bunga api kat KLCC..
Ish..ish...makin lama makin tua rasanya...tak lama lagi nak masuk umur 26 dah...hahahah..26?? cam tak caya je.
Tapi 2009 memang aku xleh lupa. Banyak tul kenangan pahit manis. Harap2 tahun ni yang manis tu tetap manis, yang pahit tu biarlah berlalu dibawa arus peredaran masa.
Azam 2010 ?
Hehehe..so far azam aku tak pernah tersimpang jauh. Walaupun tak tercapai 100% tp aku tetap nak tanam azam baru. Azam 2009 nak beli keta dah tertunai. Azam 2010 plak macam2 dalam kepala, tapi aku tau limit aku smpi mana, so xnak buang masa berangan yang bukan2. Insya'allah, kalau ada rezeki, nak beli kamera SLR :) (amin!!!) Then nak try cari kerja lain, "kerja yang ada kerja nak buat", tak macam sekarang ni, banyak makan gaji buta..huhu
Apa2 pun, wait & see..insya'allah..kalau kita ikhlas, semuanya akan dipermudahkan.
p/s : tak leh nak update blog slalu, latop rosak..broadband pun xbayor lagi..

Wednesday, December 30, 2009

Selagi Aku Mampu.....

Telah kulakukan semuanya kasih
Telah kukorbankan segalanya
Namun ku sendiri tak pernah mengerti
Apa yang engkau fikirkan
Apa yang engkau inginkan
Ku tahu kau tak pernah setia (kasih)
Ku tahu diriku tak bererti
Namun ku sendiri tak pernah mengerti
Apa yang engkau fikirkan
Apa yang engkau inginkan
Selagi ada cinta di hatiku
Selagi ada rindu yang membara
Selagi air mata ini mengalir
Kau tetap di hati ini
Cintamu tetap di hati
Selagi ku mampu bertahan kekasih
Jangan sampai cinta tiada lagi
Jika memang cinta tiada lagi (kasih)
Tinggalkan aku sendiri...
Tinggalkan cintamu kasih...
Selagi ada cinta di hatiku
Selagi ada rindu yang membara
Selagi ku mampu bertahan kasih
Ku terima segalanya
Walau hatiku merana...

Sunday, December 13, 2009

Kereta Kecil Ku Berbunyi

Seperti yang dijanjikan :

Alhamdulillah..
Selepas hampir setahun berangan, akhirnya tercapai gak azam aku untuk 2009.
Azam apa? Azam nak beli kreta.


X kisah la keta apa, janji skang aku xyah nak jadi sardin g memana, xyah nak hidu bau2 semulajadi yang menyesakkan hidung, xyah nak beratur beli tiket dan xyah nak berhujan panas.

**dlm kepala dok fikir macam2 destinasi nak pergi...huhu

Thursday, December 10, 2009

100++


Wah! Lama tu aku tak buka blog...dah masuk 15 hari aku tak update..
Ala...baru 15 hari kan..ada org tu dekat 2-3 bulan tak update. Klik sini sana, taip itu ini, dah masuk entry ke 100 rupanya.

Betul gak orang cakap, nak buat blog ni kena rajin, kalau hangat2 t**k arnab baik xyah buat. Letak je la pasal pape pun, even cerita pasal beli goreng pisang ke, pasal kegersangan ke, pasal mak beli mangkuk tingkat ke xpun pasal gaduh laki bini. Pedulik pe kan, blog kita...nak baca..baca..xnak baca bleh blah..sebab mereka yg punya blog aja faham :)

Si Mamal....
Alangkah nikmatnya klu dpt berehat sambil tersenyum...

Hakikatnya skang ni dah masuk bulan 12, dah hujung tahun..maknanya? maknanya aku agak busy. Banyak benda nak buat, staf punya appraisal form pun tak siap2 lagi huhu, nak clear cuti diorg lg, cuti sendri pun banyak lagi tak abis.

Now...aku blur..xtau nak tulis pe dah...
gasak la...janji aku update..ahaks! ;p

p/s : ada something yang aku tunggu skang ni, maybe leh kongsi dalam next entry...


Tuesday, November 24, 2009

Fettucini

Tetiba je hari ni ngidam nak makan makanan Itali, FETTUCINI. Ada something yang buat aku rasa nak sgt masak dan makan. So petang tadi dengan gigihnya aku merayau ke kedai duk cari bahan2 nak memasak..dekat RM30 gak abis.

Ingatkan nak masak malam je tapi ayah cakap dia lapar. So sebagai anak yang baik dan xnak menghampakan ayahnya, aku pun masak gak la petang tadi. Disebabkan aku ni jenis teliti wat keja, last2 ayah terlelap..huhu..

Bahan - bahan penting..satu xde xsedap rasanya

Kalau korang nak tau ni 1st time aku dok masak makanan yang agak 'berat dan barat'...risau gak memula takut tak jadi. Tapi sib baik ritu ada belajar ngan mentor kat tepi tu hah.


Nampak cam sedap...tapi dah rasa memang sedap pun.. ;p

Kesimpulannya...aku LULUS ! Yeaayy!! ;p

Friday, November 20, 2009

201106 - 201109

Cam pelik je kan nombor kat atas tu. Hah...tu bukan nombor ic, bukan juga nombor telipon penjual bunga waima tajuk filem tentang bencana alam yang bakal box office. Tapi tu sebenarnya tarikh yang menunjukkan bahawa hari ini genap dah 3 tahun aku kerja kat hotel PR tu..


Alhamdulillah...daripada nobody to somebody kat situ. Pejam celik jap je rasanya masa berlalu. Daripada opis kecik, dah jadi opis besar...daripada kurang staf dah jadi terlebih staf.Aku sendiri pun tak sangka aku leh tahan kerja selama tu. Ingat lagi dulu, masa ex-bos perkenalkan aku, ada yg bertaruh yang aku cuma tahan keja 3 hari je. Macam s**l kan, alasannya sebab nampak aku tak sesuai buat kerja tu. Biasa la, manusia suka menilai luaran. Tapi aku tak kisah pun sebab skang ni klu ada apa problem yang berkaitan, aku gak yg diorg cari.

Tetapi.....sebenarnya aku dah bosan pun keja kat PR tu. Asyik duk buat benda yang sama je. Kadang-kadang rasa macam tak berkembang je otak ni...huhu..

So..sebagai rancangan masa depan dan mungkin juga azam untuk 2010, lepas dapat bonus, insya'allah...aku nak cari keja lain. Kerja yang lebih mencabar, kerja yang lebih banyak kerja dan juga kerja yang caruman EPF lebih tinggi daripada sekarang!!

p/s : menjawab panggilan telipon dalam tempoh 8 jam atau lebih bukan la sesuatu yang mudah untuk dilakukan !! Banyak drama sebabak yang adakalanya mampu mengecutkan saiz otak. Ini fakta bukan auta...

Thursday, November 19, 2009

MAAF - Diluluskan !!


Maaf pada yang terasa.
Bukan niat menutup bicara
Tapi kerana hati terluka
Di atur ayat tanda kecewa

Kerana kadang-kadang jangan disia
Pada rasa yang tak pernah meminta
Balasan setia tiada nilainya

Aku tau kau siapa...
Kau sedar aku siapa...

Yang pasti peluang ke dua cuma sekali.

Tuesday, November 17, 2009

Kadang - Kadang


kadang - kadang
bila dikongkong..rasa bosan...
seolah-olah tersepit dan terjerat...
xbebas bergerak...
xbebas berlari...
xbebas berpoya-poya...
xbebas itu...
xbebas ini...

Salah siapa?
bila kadang - kadang
cuma nak amik berat...
cuma nak tunjuk rasa hormat...
cuma nak tunjuk tanda sayang...

cuma kadang - kadang
semuanya diluar kawalan...
semuanya dikawal emosi...
semuanya jadi sangsi...

tapi bila kadang - kadang itu hilang
jangan sesekali dikesali...
jangan sesekali ditangisi...

sebab kadang - kadang kita tak hargai apa yang kita ada


Monday, November 9, 2009

' Sardin ' Malaysia


Sape yang tak pernah makan sardin? Tipu la kan kalau ada yang cakap tak pernah. Tapi aku tak kisah pun korang pernah makan ke tak..saje je tanya buat pembuka bicara.

Entry kali ni aku nak share something pasal sardin.
Sardin cap MALAYSIA!

Mana2 ada je, tapi lebih senang nak dapat kat bandar2 besar lebih2 lagi kat KL. Waktu yang sesuai untuk menikmatinya ialah time break1st ngan dinner. Sardin ni lain daripada yang lain,
sebab di isi padat sepadat yang boleh. Bermacam-macam saiz dan jenis ikan ada kat dalam, kecik,besar,gemuk,kurus, semuanya ada. Selagi ada ruang, akan disumbat..disumbat..dan terus disumbat. Kasihan pada ikan2 yang kecil dan lemah. Tapi nak buat camne, itu aja termampu.

Rasanya boleh la tahan tapi yang lagi best dia punya bau. Kalau pagi2 xpe lagi sebab time tu ikan yang ada semuanya segar dari ladang...Eh! Bukan...segar dari bilik mandi yang kemudiannya disembur dengan pelbagai jenis pewangi mewah dan juga tiruan dari Petaling Street. Tapi kalau hidang dalam waktu puncak or time2 dekat nak dinner tu...Perghhhhh...aromanya sungguh mengasyikkan....lebih2 lagi kalau ada ikan import. Ikan import ni kalau jenis putih xpe lagi..best skit kalau nak dibandingkan dengan ikan2 import yang gelap..Sebab yang gelap ni la yang kerap menghasilkan bau yang hanyir untuk dihidu.

Cari dan lihat..then korang akan faham maksud aku.


p/s : Sardin yang aku maksudkan kat sini adalah sistem pengangkutan awam kat Malaysia termasuk Monorail, bas, Komuter dan juga LRT.

Lagu Untuk D.I.A