Tuesday, November 24, 2009

Fettucini

Tetiba je hari ni ngidam nak makan makanan Itali, FETTUCINI. Ada something yang buat aku rasa nak sgt masak dan makan. So petang tadi dengan gigihnya aku merayau ke kedai duk cari bahan2 nak memasak..dekat RM30 gak abis.

Ingatkan nak masak malam je tapi ayah cakap dia lapar. So sebagai anak yang baik dan xnak menghampakan ayahnya, aku pun masak gak la petang tadi. Disebabkan aku ni jenis teliti wat keja, last2 ayah terlelap..huhu..

Bahan - bahan penting..satu xde xsedap rasanya

Kalau korang nak tau ni 1st time aku dok masak makanan yang agak 'berat dan barat'...risau gak memula takut tak jadi. Tapi sib baik ritu ada belajar ngan mentor kat tepi tu hah.


Nampak cam sedap...tapi dah rasa memang sedap pun.. ;p

Kesimpulannya...aku LULUS ! Yeaayy!! ;p

Friday, November 20, 2009

201106 - 201109

Cam pelik je kan nombor kat atas tu. Hah...tu bukan nombor ic, bukan juga nombor telipon penjual bunga waima tajuk filem tentang bencana alam yang bakal box office. Tapi tu sebenarnya tarikh yang menunjukkan bahawa hari ini genap dah 3 tahun aku kerja kat hotel PR tu..


Alhamdulillah...daripada nobody to somebody kat situ. Pejam celik jap je rasanya masa berlalu. Daripada opis kecik, dah jadi opis besar...daripada kurang staf dah jadi terlebih staf.Aku sendiri pun tak sangka aku leh tahan kerja selama tu. Ingat lagi dulu, masa ex-bos perkenalkan aku, ada yg bertaruh yang aku cuma tahan keja 3 hari je. Macam s**l kan, alasannya sebab nampak aku tak sesuai buat kerja tu. Biasa la, manusia suka menilai luaran. Tapi aku tak kisah pun sebab skang ni klu ada apa problem yang berkaitan, aku gak yg diorg cari.

Tetapi.....sebenarnya aku dah bosan pun keja kat PR tu. Asyik duk buat benda yang sama je. Kadang-kadang rasa macam tak berkembang je otak ni...huhu..

So..sebagai rancangan masa depan dan mungkin juga azam untuk 2010, lepas dapat bonus, insya'allah...aku nak cari keja lain. Kerja yang lebih mencabar, kerja yang lebih banyak kerja dan juga kerja yang caruman EPF lebih tinggi daripada sekarang!!

p/s : menjawab panggilan telipon dalam tempoh 8 jam atau lebih bukan la sesuatu yang mudah untuk dilakukan !! Banyak drama sebabak yang adakalanya mampu mengecutkan saiz otak. Ini fakta bukan auta...

Thursday, November 19, 2009

MAAF - Diluluskan !!


Maaf pada yang terasa.
Bukan niat menutup bicara
Tapi kerana hati terluka
Di atur ayat tanda kecewa

Kerana kadang-kadang jangan disia
Pada rasa yang tak pernah meminta
Balasan setia tiada nilainya

Aku tau kau siapa...
Kau sedar aku siapa...

Yang pasti peluang ke dua cuma sekali.

Tuesday, November 17, 2009

Kadang - Kadang


kadang - kadang
bila dikongkong..rasa bosan...
seolah-olah tersepit dan terjerat...
xbebas bergerak...
xbebas berlari...
xbebas berpoya-poya...
xbebas itu...
xbebas ini...

Salah siapa?
bila kadang - kadang
cuma nak amik berat...
cuma nak tunjuk rasa hormat...
cuma nak tunjuk tanda sayang...

cuma kadang - kadang
semuanya diluar kawalan...
semuanya dikawal emosi...
semuanya jadi sangsi...

tapi bila kadang - kadang itu hilang
jangan sesekali dikesali...
jangan sesekali ditangisi...

sebab kadang - kadang kita tak hargai apa yang kita ada


Monday, November 9, 2009

' Sardin ' Malaysia


Sape yang tak pernah makan sardin? Tipu la kan kalau ada yang cakap tak pernah. Tapi aku tak kisah pun korang pernah makan ke tak..saje je tanya buat pembuka bicara.

Entry kali ni aku nak share something pasal sardin.
Sardin cap MALAYSIA!

Mana2 ada je, tapi lebih senang nak dapat kat bandar2 besar lebih2 lagi kat KL. Waktu yang sesuai untuk menikmatinya ialah time break1st ngan dinner. Sardin ni lain daripada yang lain,
sebab di isi padat sepadat yang boleh. Bermacam-macam saiz dan jenis ikan ada kat dalam, kecik,besar,gemuk,kurus, semuanya ada. Selagi ada ruang, akan disumbat..disumbat..dan terus disumbat. Kasihan pada ikan2 yang kecil dan lemah. Tapi nak buat camne, itu aja termampu.

Rasanya boleh la tahan tapi yang lagi best dia punya bau. Kalau pagi2 xpe lagi sebab time tu ikan yang ada semuanya segar dari ladang...Eh! Bukan...segar dari bilik mandi yang kemudiannya disembur dengan pelbagai jenis pewangi mewah dan juga tiruan dari Petaling Street. Tapi kalau hidang dalam waktu puncak or time2 dekat nak dinner tu...Perghhhhh...aromanya sungguh mengasyikkan....lebih2 lagi kalau ada ikan import. Ikan import ni kalau jenis putih xpe lagi..best skit kalau nak dibandingkan dengan ikan2 import yang gelap..Sebab yang gelap ni la yang kerap menghasilkan bau yang hanyir untuk dihidu.

Cari dan lihat..then korang akan faham maksud aku.


p/s : Sardin yang aku maksudkan kat sini adalah sistem pengangkutan awam kat Malaysia termasuk Monorail, bas, Komuter dan juga LRT.

Thursday, November 5, 2009