Tuesday, November 8, 2011

Mystery Batu Caves


Indahnya ciptaan Allah S.W.T
Cukup indah untuk dikagumi & dinikmati

Sunday, September 18, 2011

Percubaan Pertama

Alhamdulillah, rezeki Shawal.

Percubaan pertama yang membuahkan hasil. Orang kata rezeki jangan ditolak & kalau tak cuba kita tak tau.

Hasil daripada "1st photoshoot" yang sekadar suka2. So dapat la gak duit poket yang boleh cover 2bulan duit minyak keta bersamaan 1 bulan installment keta =)









OK tak ? Maaf ya, budak baru belajar =)

p/s : owner kedai kek nak buat proposal bisnes, so klu korang nmpk biskut raya tu cam menggoda, blh la order utk raya tahun depan..nak makan time Deepavali next month pun ok what... ;p

Thursday, September 1, 2011

Raya Di Bumi Merdeka

Alhamdulillah, pejam celik kita dah pun sambut bulan Syawal. Cepat sungguh masa berlalu kan. Macam mana puasa korang ritu? cukup ke tak? kalau tak cukup, ada masa nanti jangan lupa "bayar" balik ok.

Air tangan Mak

Tahun ni gak Malaysia sambut merdeka yang ke 54 tahun. Satu pencapaian yang patut kita syukuri. Memang kena la sangat sambutan raya & merdeka tahun ni kan, BERAYA DI BUMI MERDEKA.

Raya kali ni family aku cukup..semua adik bradik ada. Walaupun ayah xbrapa sihat tapi raya kami still meriah. Setahun sekali bekumpul sanak saudara memang ha"PENING" la sikit sebab ramai sangat. Sepupu sepapat makin lama makin besar smpi ada yang tak cam nama (malu je)

Family Portrait





No 5.. No 1.. No 6

Dengan sepupu,beraya dari pagi ke petang sampai terlondeh kain pelikat tu hah..xprasan daaa =p

20% from my big family. Maklum la org melayu dulu2 kuat buat anak hehe Adik bradik mak aja ada 13 org.

Sepupu punya pet, dia pun sibuk nak beraya. Siap mkn kuih raya lg.
Yg penting dia comel I LIKE !

Orait..tu je entry kali ni..buat semua,

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Maaf Zahir & Batin


Monday, August 15, 2011

Buah Hati Terbaru

Ehem...ehem..hehe


Tu dia...buah hati terbaru. Lens TAMRON AF18-270mm for my DSLR.

Baru je sunting kat kedai semalam, mula2 ingat nak gi merisik je skali sangkut plak, habis budget raya tahun ni. Mana taknya, harga dia sama dengan 4 bulan installment kereta. Tapi org kata kalau dah minat apa pun sanggup kan. Takpe la lagi pun ni dikira macam pelaburan jangka panjang.

Lepas beli terus bawak dia gi dating kat Taman Rama-Rama, saja nak test power. Ni la hasilnya :)




p/s : Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan.

Sunday, August 14, 2011

Saturday, August 6, 2011

Si Chuan Dou Hua

Assalammualaikum

Lama sungguh kot aku tak update kat sini. Busy woo life semenjak dua ni. Musim pak arab bulan lepas betul2 buat aku busy ngalahkan pak menteri. Pejam celik dah masuk bulan Ramadhan balik. Fuh! Cepat betul masa berjalan. Sok dah masuk hari ke 7 kita puasa.

Boleh lagi kot nak wish Selamat Berpuasa Semua !!!

Orait, just nak share skit gambo kat sini. Time berbuka puasa dengan teman2 kat chinese restoran, Si Chuan Dou Hua. Saja nak test anak tekak telan masakan cina ( 100% HALAL ). Not bad la tapi tekak melayu ni tak berapa puas kot makan kalau tak ngadap masakan mak =)

Menu wajib time berbuka

Chinese Tea - Just add hot water,
bila abis dituang dan dituang lagi...mana tak buncit!

8 Treasure Soup

Sweet & Sour Soup

Puding Mangga

Last skali ada Fortune Cookie
Tu yang aku dapat, nombor ekor !! hahaha

Maaf ya, disebabkan semua makanan tu tak ber'BIN kan melayu, so susah sikit aku nak ingat nama2nya. But overall the taste was not so bad.

Tuesday, June 21, 2011

FJ Benjamin Branded Sale !!

FJ Benjamin Branded Sale

24 June : Preview Sale for HSBC Cardholders only



25 & 26 June : Open to Public



Brands Offered

Banana Republic

Celine

Gap

Gap Kids

Guess

Guess Watches

La Senza

Marc Ecko

Nautica Watches

Nike Timing

Paint 8

Raoul

Time : 10am to 7pm (25 June)

10am to 5pm (26 June)

Location

ORCHID BALLROOM

LEVEL 2

PARKROYAL HOTEL KUALA LUMPUR
(depan Sg Wang Plaza)

Sunday, June 12, 2011

Sikit Sikit Lama Lama Jadi Bukit

Selalunya aku tak amik pot sangat apa "org kata"
Tapi bila org kata " SIKIT SIKIT LAMA LAMA JADI BUKIT" rasa mcm teruja plak nak try.
Benda baik xsalah kot kalau kita cuba.


Berbekalkan tabung berWANG yg sangat comel, aku rasa misi aku berjaya & membuktikan kadang kala apa "org kata" tu betul.


Dalam masa 5 bulan, beruang comel tu penuh berisi. Tak sia2 aku "benci" kat coin, kalau tak memang xkan berhasil kot.


Inilah hasilnya, kombinasi coin 50sen, 20sen dan 10sen. Jumlahnya boleh buat aku isi minyak kereta untuk 2 bulan or menginap di service apartment selama 2hari dgn menggunakan staf rate ;p kira berbaloi gak la kan


Dalam banyak2 coin tu terjumpa la plak 3 keping duit 50sen lama. Uniknya duit keluaran tahun 1967 ni sebab tengah2nya terbelah dua, seolah mcm biskut oreo.


Kalau ikutkan usianya dah 44tahun dan bila di semak harganya, dalam www.mudah.my ada org pernah tawarkan harga jualan RM3500 utk sekeping !!! Wow! Betul ke tidak nilainya aku xtau sebab duit mcm ni memang susah nak dapat dan memandangkan usianya yg agak veteran tu xmustahil rasanya kalau ada yg berminat.

p/s : dulu kecik2 mak slalu pesan, ada duit lebih jangan lupa menabung

Tribute To My Self - Part 2



Time goes slowly now in my life
Fear no more of what I'm not sure

Searching to feel your soul
The strength to stand alone
the power of not knowing and letting go

I guess I've found my way it's simple when its right
Feeling lucky just to be here tonight
and happy just to be me and be alive.

Love, in and out, of my... my heart,
And though life can be strange I can't be afraid

Searching to feel your soul, the strength to stand alone,
The power of not knowing and letting go

I guess I've found my way it's simple when it's right
Feeling lucky just to be here tonight
and happy just to be me and be alive


Wednesday, May 25, 2011

Kisah Hati Saya Sahaja

Beberapa hari ni emosi tak berapa stabil..

Fikir itu..fikir ini..
Ntah la ek..

KISAH HATI SAMPAI MATI TAK KAN BERHENTI
Selagi bernyawa selagi tu nak kena melayan hati dan perasaaan sendiri.

Rasanya beberapa hari ni tak terkira kot aku dok dengar lagu Kisah Hati .
Dah jadi macam lagu tema rasanya.

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana


Tapi pesan seorang HAMBA ALLAH untuk teman2nya :

" Tak semua yg diciptakan tu berpasangan & tak semua yang berpasangan tu dicipta untuk bersama selamanya "

Owh! Mendalam sungguh ayat tu..setidak tidaknya aku tersenyum & berfikir lebih luas =)

Monday, May 9, 2011

Nano, Miki Dan Lubi

Comel tak ? ..... Comel tak? ..... Comel tak?

Haa..comel kan? heheh..anak2 Didi dah makin membesar & aku dah bagi nama pun kat mereka bertiga.




Yang putih gebu ni namanya Miki




Ni namanya Nano. Kalau tengok muka dia dah macam muka Didi

Ok yang tengah tengok Nano & Miki makan tu namanya Lubi. So far gambo dia paling susah nak amik sebab dia demand lebih, xnak bagi kerjasama... ;p

Umur mereka baru masuk dua bulan. Tapi la ni, mak bapaknya sedang "bertungkus lumus" menghasilkan "produk" terbaru hehehe..biasala kucing, kuat mengawan.