Thursday, July 23, 2009

Perempuan (GILA) itu.........

Dalam kesabaran tunggu bas nak balik umah pagi tadi, ada sesuatu yang berlaku, sesuatu yang buat aku rasa bersyukur sesangat dengan apa yang aku ada.

Masa duk kat bus stop area CM, aku terpandang sorang pompuan tua, cantik sangat kalau dia masih muda. Dia pandang aku, aku pandang dia balik. Then aku buat tak tau tapi dia still pandang aku. Tak lama lepas tu dia senyum sambil lambai2 tangan kat aku. Erk!! Lambai kat aku ke? Ya kot sebab aku sorang je yang duduk ngadap dia, nak lambai balik takut orang fikir aku nak ngorat pompuan tu, biasa la masyarakat kita punya fikiran.

Tiba-tiba dia tepuk tangan sambil riang ria ketawa. Orang yang lalu lalang semua duk pandang dia, ada yang senyum sinis ada yang buat tatau jek. Dalam hati aku cakap, uhh...gila ke?

Yup..dengan baju yang lusuh, gigi berkarat, rambut kusut masai, memang orang akan cakap dia gila. Tapi pada aku tak, dia cuma insan yang tak bernasib baik dalam menjalani kehidupan. Mungkin silap sendiri atau keadaan persekitaran yang menyebabkan dia jadi macam tu. Kesian plak aku tengok keadaan dia.

Tapi tu lah, tak semua daripada kita yang dapat menjalani kehidupan yang sempurna tapi ada antara kita yang selalu buat kerja gila bila tak dapat menghadapi sesuatu perkara.

Cuma harapan aku, semoga ada pihak yang pantau orang2 macam pompuan tu. Mereka sepatutnya dibantu dan di tempatkan di pusat kebajikan supaya mereka tak terus dihina dan dipandang jijik oleh masyarakat. Sekurang-kurangnya sisa kehidupan mereka lebih bermakna.

Bersyukurlah dengan apa yang kita ada..........

11 comments:

Hazzy Ishak said...

hmmm betol tu..dia tak bernasib baik...

Ansari Azrul said...

dia x mintak jd gitu..

AniS GalaXy said...

cara kita mengatasi segala masalah.
x minta jadi mcm tu
tp mungkin ada sbb knp dia jadi mcm tu.

moral utk diri sendiri
jadi diri sendiri....hehehe
setiap yg diberiNYA pasti bersebab..

p/s : next week anis ke kedah. sure anis rindukan SEGALANYA TENTANG DIA

MM said...

wahhh.. kesian plak aku dgr.. isk3..

Anonymous said...

kesian, memang dah nasib dia.
dia pun tak nak jadi macam tu.
sape sape pun boleh jadi macam tu.

aku rasa keluarga dia atau kawan kawan dia tak nak bertanggungjawab, dia orang pentingkan diri sendiri.
kesian kan.

mungkin masa dia sihat, dia lah tempat keluarga dia dan kawan kawan dia minta tolong.
tapi bila dia dah sakit semua orang tak pedulikan dia, tentu keluarga dia dan kawan kawan dia kata menyusahkan dia orang sahaja.

what do you think, kalau ada keluarga atau kawan kawan yang sanggup bagi minum racun pada orang yang macam tu.
kejam tak?
macam mane kalau u yang berada ditempat dia?

noorafzan.blogspot.com said...

selalu tunggu bas kat CM ker?
ooo...

erm..siankan~
tu la masyarakat kite sendiri yang memandang serong mereka..
orang gila nih suci.x de dosa..
ada hikmah disebalik apa yang berlaku kat die..

AkU said...

as usual..human tend to judge other peoples by its cover...
mmmmmm..

syaf said...

huhu...ksihan nye..
nak at cam ne...hurmm

hope kite pon x jadi cam 2 satu hari nanti...simpang malaikat 44....huhu amin

hope ade pihak yg jage mak cik 2..kesian diew

farish izaryl @izreez said...

sian kan mne la ahli kuarge diee

Anonymous said...

emm..
mesti ade sejarah lme yg jadikan dy mcm tu kn
alhamdulilah..
kita still ade peluang hidup dgn hepy ^_^

Anonymous said...

cian....."bersyukurlah apa yang ada" betul3