Friday, May 15, 2009

Hari Untuk Cikgu

Cikgu Ed : Kan bagus kalau Hari Guru semua cikgu cuti..ini tak..cikgu gak kena wat keja nak sambut hari guru

Erm..camtu la luahan seorang kawan yang juga seorang cikgu bila aku tanya pasal hari guru..Betul gak kata beliau , kenapa ek bila hari guru, cikgu2 tak dapat cuti khas..ntah..aku tatau..huhu
Memandangkan sok 16 Mei merupakan hari guru, so entry kali ni aku buat khas untuk cikgu-cikgi...

Imbas kembali masa zaman aku sekolah dulu..pendek kata zaman kegemilangan....seronok gak bila sambut hari guru ni..ada je macam2 aktiviti kat sekolah masa tu..contohnya macam perhimpunan khas pastu ada plak cikgu2 menonjolkan bakat terpendam..menyanyi la...berpuisi la..paling best time bagi hadiah kat cikgu sebab masa tu aku ngan kengkawan paling suka..sebab pe..sebab kitorang nak tengok cikgu mana paling poplar..kalau banyak bunga atau hadiah dia dapat, so dialah cikgu paling poplar kat sekolah..yang mana kurang atau xdapat langsung tu mula la buat2 muka sedih...ada gak cikgu yang selamba badak mintak hadiah kat anak murid..erm..xmalu sungguh mereka..

Dalam idup aku ada gak kawan2 ngan family yang kerja sebagai cikgu.

Aku :  best ke keja cikgu ?
Akak : ntah..best gak la...
Aku : uit..macam tak best jek
Akak : ala..macam kerja biasa cuma nak handle budak2 sekolah ni kadang2 pening skit....mcm2 kerenah
Aku : wooo..camtu

Akak Aku - Cikgu Elly
Mengajar Kat Sebuah Sekolah Rendah Di Puncak Alam

Camtu plak akak aku cakap bila ditanya best ke tak jadi cikgu. Erm..so kat sini aku nak ucapkan Selamat Hari Guru wat cikgu-cikgi kat seluruh Malaysia...especially akak aku Cikgu Elly , kengkawan aku Cikgu Eddy, Cikgu Jason dan juga makcik aku Cikgu Noraini - teruskan mendidik anak bangsa dengan penuh kesabaran..maklum la skang ni macam2 kes jadi kat sekolah , cikgu rotan anak murid , anak murid tumbuk cikgu , mak bapak saman sekolah , cikgu saman mak bapak...erm...ngepek je diorg ni !! Zaman aku dulu xde pun camni..semua baik2 belaka..sepakat..muafakat..bak kata Wonderpet
Apa yang penting KERJASAMA !! 

Cikgu Jason
Mengajar Di Salah Sebuah Sekolah Rendah Di Pedalaman Sarawak

Ni antara nama2 cikgu yang aku tak boleh lupa :

1.   Cikgu Zainab - Cikgu Tadika
2.   Cikgu Riduan - Sek Ren Keb Bandar Baru Sg Buloh
3.   Cikgu Asnida / Arnida - Sek Ren Keb Bandar Baru Sg Buloh
4.   Teacher Akma - Sek Keb Bandar Baru Sg Buloh
5.   Cikgu Hamidah - Sek Keb Bandar Baru Sg Buloh
6.   Cikgu Azura - Sek Keb Bandar Baru Sg Buloh
7. Cikgu Jumilah - Sek Men Keb Bandar Baru Sg Buloh
8. Cikgu Azlina - Sek Men Keb Bandar Baru Sg Buloh
9. Cikgu Husrain - Sek Men Keb Bandar Baru Sg Buloh
10. Cikgu Hamidah - Sek Men Teknik Sel Sg Buloh
11. Cikgu Azren - Sek Men Teknik Sel Sg Buloh

Erm..ramai lagi actually cuma aku tak ingat nama...sory ya cikgu ! Xpe yang penting aku still ingat muka diorg dan bakti serta tunjuk ajar diorg kat aku...

SELAMAT HARI GURU !

7 comments:

[Q.e.M.a] said...

nk wish hepy teacher's day jgk =D
Aqmal ni ske participate kt skola dlu ye..
meh nk dgr bce puisi sket~

gazyCristiano said...

Somehow i hate my Math teacher.. Always layan ngan hp dia jer when she was on teaching!!! Hahaha.. Happy Teacher day!!!

guys said...

motif letak gmbr cikgu jason?
sesuatu sgt...
hahahaha...
happy teacher day

rizz said...

slmat hri guru to akak aqmal n guru2 kt msia hehe

Puteri Sepi said...

cikgu jason tu handsome

=P

Aqmal Arista said...

haha...klu puteri jd anak murid mesti rajin g sekolah kan...
dia dah bertunang pun =)

Unknown said...

網頁設計 網路行銷 關鍵字廣告 關鍵字行銷 餐飲設備 製冰機 洗碗機 咖啡機 冷凍冷藏冰箱 蒸烤箱 關島婚禮 巴里島機票 彈簧床 床墊 獨立筒床墊 乳膠床墊 床墊工廠 產後護理之家 月子中心 坐月子中心 坐月子 月子餐 銀行貸款 信用貸款 個人信貸 房屋貸款 房屋轉增貸 房貸二胎 房屋二胎 銀行二胎 土地貸款 農地貸款 情趣用品 情趣用品 腳臭 長灘島 長灘島旅遊 ssd固態硬碟 外接式硬碟 記憶體 SD記憶卡 隨身碟 SD記憶卡 婚禮顧問 婚禮顧問 水晶 花蓮民宿 血糖機 血壓計 洗鼻器 熱敷墊 體脂計 化痰機 氧氣製造機 氣墊床 電動病床 ソリッドステートドライブ USB フラッシュドライブ SD シリーズ