Uit ?? Dah 11 hari rupanya kita puasa..
Cepat tul masa berlalu kan..pejam celik nanti dah Deepavali...ahaks!
Kawan2,adik2,skandal2,abang2,gadis2 sibuk duk tanya
"BILA NAK BERBUKA SEKALI? " Dah rasa macam soalan SPM plak duk ulang2. Kalau soalan tu soalan SPM sure aku lulus ngan cemerlang sekali...
jawapan aku senang je
"INSYA'ALLAH, ADA MASA KITA BERBUKA SEKALI YA "
Betul tu..kalau masa mengizinkan, bukan setakat berbuka sekali, dua tiga empat kali pun xpe.
Bukan xnak..bukan jual mahal..bukan nak larikan diri tapi ntah, aku lebih suka berbuka kat umah je..Pada aku berbuka kat umah lagi best..
"main masak-masak" ngan mak, ajak adik2 hidangkan makanan..makan sama2..bukan senang kan nak dapat makan satu family. Sebab hari2 biasa, masing2 sibuk ngan hal sendiri, makan pun asing2 tak tentu masa. So bulan puasa ni la masanya nak eratkan hubungan kekeluargaan. Kalau nak makan ngan kawan2 tu..hari2 biasa pun boleh.
---------------------------------------------------------------------------------
Start hari ni aku dah mula mem'busy'kan diri. Ada misi penting menjelang Aidilfitri - MENGEMAS RUMAH ! huhu..nak cat umah, nak re'arrange laman yang "musnah" dek kerja pengubahsuaian bumbung, nak buat itu..nak buat ini. FUH! Macam bibik plak rasanya. Malangnya aku xde bibik, tapi xpe..biar penat janji puas hati dengan hasil titik peluh sendiri.

(Seminggu puasa aku rasa mcam makin kurus. Arghhh!! BENCI !!! )
Nak tengok hasilnya ?
Tungguuuuuuuuu !!