Tuesday, September 1, 2009

1..2..3..4..5..11 ??

Uit ?? Dah 11 hari rupanya kita puasa..
Cepat tul masa berlalu kan..pejam celik nanti dah Deepavali...ahaks!
Kawan2,adik2,skandal2,abang2,gadis2 sibuk duk tanya
"BILA NAK BERBUKA SEKALI? " Dah rasa macam soalan SPM plak duk ulang2. Kalau soalan tu soalan SPM sure aku lulus ngan cemerlang sekali...
jawapan aku senang je
"INSYA'ALLAH, ADA MASA KITA BERBUKA SEKALI YA "
Betul tu..kalau masa mengizinkan, bukan setakat berbuka sekali, dua tiga empat kali pun xpe.

Bukan xnak..bukan jual mahal..bukan nak larikan diri tapi ntah, aku lebih suka berbuka kat umah je..Pada aku berbuka kat umah lagi best..
"main masak-masak" ngan mak, ajak adik2 hidangkan makanan..makan sama2..bukan senang kan nak dapat makan satu family. Sebab hari2 biasa, masing2 sibuk ngan hal sendiri, makan pun asing2 tak tentu masa. So bulan puasa ni la masanya nak eratkan hubungan kekeluargaan. Kalau nak makan ngan kawan2 tu..hari2 biasa pun boleh.

---------------------------------------------------------------------------------

Start hari ni aku dah mula mem'busy'kan diri. Ada misi penting menjelang Aidilfitri - MENGEMAS RUMAH ! huhu..nak cat umah, nak re'arrange laman yang "musnah" dek kerja pengubahsuaian bumbung, nak buat itu..nak buat ini. FUH! Macam bibik plak rasanya. Malangnya aku xde bibik, tapi xpe..biar penat janji puas hati dengan hasil titik peluh sendiri.

(Seminggu puasa aku rasa mcam makin kurus. Arghhh!! BENCI !!! )

Nak tengok hasilnya ?
Tungguuuuuuuuu !!

10 comments:

NEiL iSkaNdaR said...

huhu..alal abg kurus tp HOT per..hot ker masalahnyer..hahahaha
tu lah pasal susah tul ajak buka bersama..tp takper..family 1st kan....heheheheheheh...

aizul said...

yeah!!! makin kurus makin howt!!!

Hazzy Ishak said...

dah kurus...jelesnye...

syaf said...

betui 2...
aku balik kampung hujung minggu dpaat r buke pose ngan family,,,,syok je rasenye...
hari2 bese x dapat cam ni de...

wokey nk gak tengok ahsilnye...bagus kah

Aqmal Arista said...

Neil : HOT dimata mereka sahaja..haha

Ajoy : Xmau !! aku nak gemuk !

Hazzy : klu gemuk lagi best la..huhu

Syaf : Family 1st. Kengkawan 2nd. Insya'allah..nanti aku update kat blog ni ko tgk la cantik ke tak ya

cham's said...

next soalan...bila nak buka dua kali? tiga kali...kali kelapan and not sekali???

wakakaka.

Abang Zulfadhly said...

yah.. mari kita sama2 tggu aqmal jd kurus.. hek2..

farish sinclair said...

wahh slim ni clustt ehhee

noor afzan said...

aah la..anda nampak kurus..
keje kuat kot bro..

mmg besh berbuka ngan family..
mmg masa tu le nak makan ramai2 semeja..

||| PöJìé PööH ||| said...

best la duk ngan family leh buka pose sesama hari²..
kiter nih lone ranger jer tau!
*nanges*