Friday, January 14, 2011

Kerenah Orang Luar


Ni ada sedikit info nak share ngan korang.
Tentang tabiat masyarakat dunia yang aku nampak bila diorg stay kat hotel.

1.Kaki Putar Alam.

- Golongan ni selalunya datang dari India & Bangladesh.Dengan cara bercakap yang berpusing2, diorg selalunya akan buat aku pening. Bila kita kata A diorg akan pusing sampai Z.Macam2 soalan yang tak berkaitan akan keluar sedangkan nak stay semalam je pun.Bab bau jangan cakaplah, masuk pintu lobi dah bau sampai kaunter.

2.Kaki Kedekut

Golongan ni selalunya datang dari Australia & Singapura.Perghhhh....berkira bagai nak gila. Tapi Australian memang champion! Sometime bil RM1 pun nak dipertikaikan. Baru RM1 je pun sedangkan kalau convert AUD or SD baru brape posen.

3.Kaki Komplen

Golongan ni pun datangnya dari Australia & Singapura. Tapi kali ni Singaporean champion! Bab2 komplen memang nombor satu. Pantang ada silap sikit, habis satu dunia dia nak kecoh. Jumpa sekor semut atas katil nak mintak tukar bilik. Aircond tak sejuk nak mintak upgrade bilik. Asal ada sikit benda tak betul,nak mintak diskaun sini sana.

4.Kaki Menyakitkan Hati.

Golongan ni kebanyakkannya Pak Arab yang datang nun jauh dari seluruh pelusuk Timur Tengah. Mashaallah! Banyak bikin susah. Nak duduk hotel macam nak beli ikan kat pasar. Biasanya diorang akan mintak survey bilik dulu, then naik buat tour dulu, kalau puas hati baru nak stay. Paling best ada yang sanggup merayu mintak diskaun lagi kononnya hotel tu bapak aku punya.Bab berlagak jangan cakap la, " I have money...so I can pay! " hah...yg tu ayat yang diorg slalu guna.

5.Kaki Hentam Keromo

Golongan ni paling best, selalunya datang dari Jepun & China. Bab komunikasi memang fail. Sebab diorg ingat bahasa diorg bahasa dunia, semua org leh faham.Bila bercakap or request something dibantainya bahasa ibunda diorg. Minta kredit kad dibaginya sim kad, mintak pasport dibaginya I-pod. Gadget nak hebat2 tapi english malas nak belajar...adoiii la.Aku pun xfaham, kebanyakkannya bisnesman yang berjaya dan bisnes satu dunia tapi English fail.

Ada satu lagi kategori yang aku xboleh sebut sebab nak menjaga hati serumpun (korang faham2 je la) Yang ni pun tak kurang hebatnya juga tapi aku maafkan je la sebab dah memang azalinya diorg macam tu.


** Actually seronok bila kerja hotel. Sebab tiap-tiap hari macam2 jenis org kita jumpa dan kita kenal.
Sedikit sebanyak aku dapat kaji tabiat masyarakat dunia, dan dari situ aku sedar yang sebenarnya masyarakat Malaysia jauh lebih baik, cuma kita je yang kadang kala perasan bagus.

1 comment:

||| PöJìé PööH ||| said...

sakit jiwa kannn!
paling xleh blah Australia dgn Singapore, dia mmg kiasu giler ok!
cam cipannn perangai, pernah keje kat tempat2 tuh mmg sakit jiwa..
sabar la ek dah nama keje..