Wednesday, September 15, 2010

Raya Datang Lagi !!

" Selamat hari raya mintak maaf minta ampun dari hujung kaki sampai hujung rambut, andai ada salah dan silap. Halalkan makan dan minum kalau ada terlebih terkurang. Kosong - kosong ya !!"

Haa...tu la skrip wajib aku di pagi raya..hehe..
Rasanya tak terlewatkan nak wish Selamat Hari Raya kat sini...ala..baru masuk raya ke 6..org MALAYsia kan sambut raya sebulan, so layankan aja :)

Gambo raya family aku tak pernah cukup korum...huhu

Selamat ari raya mak...selamat ari raya ayah !!!

Ni je la sorg adik pompuan aku

Nama dia Ayie..tahun ni amik PMR
3 Generasi
1st time sambut raya..kena nampak comel

Rezeki Ramadhan

Alhamdulillah, akhirnya!! dapat gak aku update blog. Banyak duh benda2 penting yg tak dapat nak update kat sini atas sebab2 yang tak dapat nak di elakkan.

1st September 2010

Start 1 hb ritu aku naik pangkat. Takde la bertingkat tingkat tp cukup la buat aku rasa hebat hehe. After 3 tahun 10 bulan duk terperap dalam opis menjadi "voice over the phone" akhirnya aku keluar ke depan, keja tayang muka plak hehe. Kalau dulu aku kena jaga 8 org, kali ni aku nak kena jaga 20 org yang punya macam2 ragam.

" I know u can be somebody " - ni bos baru aku cakap ya selepas beberapa hari dia tengok aku.

Masuk rini, dah 15 hari aku pegang jawatan baru, Alhamdulillah tak la teruk mana. Cuma mental nak kena kuat, biasala bila org yg xde pengalaman tiba tiba dapat satu tanggungjawab besar, mesti yg lama tak puas hati kan.

Biasa la org kita.........!!! :)