Friday, July 16, 2010

Naik Minyak

Hari ni minyak naik lagi...5sen je pun!!

Tapi sana sini org dok kecoh...haiyoo! ntah apa2 la, aku pun tak faham. Pastu mula la nak kutuk2 kerajaan itu ini. Bila kerajaan turunkan harga, cakap TERIMA KASIH pun tak.

Besar sangat ke effect kat diorg? Selalunya bila nampak 5sen atas jalan, ramai yang buat tak kisah, malu kononnya nak kutip masuk poket sendri.

Selalunya bila shopping barang ada baki 5sen, kebanyakkannya xnak amik..pemurah kononnya. Tapi bila minyak naik 5sen, ramai yang melenting cam rugi 5juta plak. Skang baru tau kan, walaupun cuma 5sen tapi nilainya sangat tinggi. Kalau xde 5sen, xkan cukup 10sen kan :)

So, kalau rasa nak berjimat tu, kurang2 kan la guna keta or motor...ni tak, nak g kedai cik kiah blakang umah pun nak naik motor..jalan kaki kan boleh, at least dapat kurangkan lemak2 korang :)

p/s : dah lama tak naik beskal.. ;p




9 comments:

cham's said...

encik akmal, pinjam lima sen..?!?

Qarl said...

abg mal

siyes setuju sgt2

lainlah dulu yg dr rm1.80 jd rm2.70 tu

mentaliti oh mentaliti

Ct Arina said...

setuju!
tp tulah~
klu isi minyak 40-50 ringgit,terase gak 5sen tu.
adeh~

p/s: kan bagus klu malaysia ni mcm jepun..g keje NAIK BASIKAL PON TAK KESAH :)

saya suka senyum said...

assalamualaikum..alorh abg akmal...5sen 2 mmg brhrga bg spe yg memerlukan..
n kalo isi minyak 50 hinggit xrasa perit ka?especially pada fmaily yg amai tnggungan tuh..cian mereka kn?
juz my opinion..uhuuu =)

mryesterday said...

wah,,...cam terase kot aku...adeh~

Aqmal Arista said...

klu isi rm50..
rm50 x 5sen = rm2.50

bukan rm2.50

:)

suara-sepi said...

minyak naik xpe jgn minyak kepala naik sudah..eheheh

Dalee said...

mesti anak orang kayo ni... berapa kali eh isi minyak dalam seminggu? Kalau dalam seminggu 100 orang minta derma 5 sen, agak2 awk bising tak. Logikalilahkan petronas tu minyak siapa eh?

Awak pernah g pasar tak? realised tak sepapan telur dari RM7 ke RM9 skrg ni, ayam sekilo RM7 ke RM9.50. Ni sebab minyak naik.. Bro.. tunggu bulan 10 nak naik lagi..nanti pinjam eh 5 sen..

Aqmal Arista said...

Dalee: no la..saya org biasa yg punya pemikiran berbeza :) memang slalu g pasar..ada baiknya barang2 tu naik so kita leh jadi lebih bijak berbelanja