Saturday, May 9, 2009

Hari Untuk MAK

Mak , Ibu , Mama , Mummy , Mum , Emak , Umi - Apa saja panggilan yang korang guna , ianya merujuk kepada seorang insan yang amat penting dalam hidup kita semua..Seorang wanita yang melahirkan dan membesarkan kita walau dalam apa jua keadaan sekalipun.

So..ni aku nak kenalkan kat korang, wanita yang paling penting dalam hidup aku..tanpa dia , aku xde kat dunia ni..kalau aku xde..blog ni pun xde..ahaks!

Sabariah Latif
Umur 53 Tahun
Lahir pada 26 Disember 1956
Dibesarkan di Pelabuhan Klang
Anak Ke-4 Daripada 14 Beradik
Dijodohkan Dengan Ahmad Kamal
Dikurniakan Anak Seramai 7 Orang
Seorang Isteri Yang Penyabar 
Seorang Mak Yang Bertanggungjawab

Apa yang aku tau pasal mak aku :

1.  Seorang yang sangat penyabar dalam melayani kerenah suami dan anak2.

2. Seorang yang pandai memasak terutamanya masakan melayu...kuih muih tradisional dan masakan kampung...termasuk fav aku - Kuah Asam Rebus Bendi

3. Seorang yang tenang ( aku mewarisinya..huhu )

4. Seorang pendengar setia dan tak suka berkata tentang orang lain.

5. Sentiasa menjadi sumber rujukan dan penasihat untuk adik beradik dia.

6. Seorang yang sangat rajin - tak boleh duduk diam ( aku mewarisinya gak..hehe )

7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14.........banyak lagi yang aku tau tp kalau taip memang tak abis..

Kenangan bersama mak yang aku xblh lupa :

1. Dia slalu berjaga malam buat ais krim untuk cari pendapatan sampingan buat blanja sekolah kami adik bradik - tahun ni tahun ke 25 dia buat macam tu.

2. Aku pernah eksiden ngan dia masa umur 7 tahun..time tu dia kayuh basikal nak pi pasar..org yang langgar tu nak bawa pi klinik tapi mak xnak walaupun masa tu tangan dia luka.

3. Aku satu-satunya anak yang dia tak pernah nak marah sangat2..pukul pun jarang kalau nak dibandingkan dengan adik bradik yang lain...

4. Kalau marah aku, dia tak pernah bahasa kan diri dia 'aku' kecuali dengan adik bradik yang lain.

5. Bila dia bersedih & menangis - aku pun akan ikut sama..sebab aku dapat rasa apa yang dia rasa.

6. Walaupun kami adik bradik dah bekerja..kadang2 bila xcukup duit..dia akan pinjamkan duit yang dia ada asalkan kami tak meminjam dengan orang lain...dan dia akan berusaha mencari jalan untuk pinjamkan kami duit.

Pesanan aku :

1 . Untuk diri sendiri - Aku janji selagi usia mak ada..aku akan cuba sedaya upaya jaga dia..jaga perasaan dia dan tolong dia buat kerja rumah.

2.  Untuk korang yang masih ada mak - Jagalah mak korang baik2, walau apa pun yang berlaku antara korang, ingatlah..dia satu-satunya mak korang dunia akhirat...tiada ganti dan tak boleh dijual beli.

3. Untuk korang yang dah kehilangan mak  - Aku sedekahkan Al-Fatihah untuk mak korang, semoga mereka ditempatkan antara golongan yang diberkati Allah S.W.T 

* Actually banyak lagi aku nak kongsi ngan korang pasal mak aku..tapi sory..setakat ni saja sebab tetiba aku jadi sebak - so aku nak pi depan..nak teman dia tengok cerekarama kat tv3.

SELAMAT HARI IBU MAK ! ORANG SAYANG MAK !!!!


12 comments:

farish izaryl @izreez said...

sebakkk laa..bce n3 akmal ni..happy mothers day!!!

jess said...

uhukhukhuk...tiba2 rindu kt my mum...ma...luv u damn much...!!!
@>-------------

aizul marcello said...

slamat ari ibu mak!!

saya nak jodohkan anak makcik yg penyabar nih dgn family saya leh?

Anonymous said...

abg aqmal cite pasal mak nie kan...wat org sebak jer...dh lar org duk jauh ngn mak org....xsabar nak balik nk jumpe mak...:-)

Qarl said...

hehehe
kalaulah mak bro dpt baca post ni kan

D'Rimba said...

Suka hijaukan bumikan? Jom lawat blog saya banyak juga kehijauan kat sana luar dalam ada kehijauan....

Aqmal Arista said...

Rizz : meh nanges sesama..huhu

Jess : sure..mak kamu pun rindu kamu..pulang la ya...

Ajoy : ngan sape ? ko ke adik ko? wahahaha

Pjoe : pi balik cepat ! mak tgu dpn pintu tu...hehe

Karl : klu mak baca mesti dia cakap " NGEPEK JE KO NI DIK "..hahaha

Rimba : Sape pun kamu..thanks..dah lawat dah..

Hazzy Ishak said...

huhu me dah tringat my mom bila2 dok sorg2 kt sini...

cham's said...

elo mak bunny...epi mak-day's! lalalala.

heng said...

awak sangat manja...but i know you are a good guy but u are not a good friend of heng. you know the reason.

Aqmal Arista said...

Hazzy : ajak la mak duk skali..hehe

Cham : thanks MAK AYAM jb..lalala

Heng : aiyaaa...a heng ah...susah la saya macam tu..xjumpa xbermakna xleh kawan maa...klu mcm tu saya kena jumpa ramai org loh..baru adil...

AniS GalaXy said...

bile cite tntg mak
anis mudah menangis. dan ne entah kali yg ke brp anis menangis kerana mak....


mak mertua...anis syg mak mertua...hehehe
happy mother day buat ibunda mal