Monday, May 25, 2009

TRANS - FORMASI

Ada tak kelas nak jadi jahat? 

Maksud jahat kat sini bukan la macam mat rempit atau samseng jalanan, tapi jahat yang leh buat orang xsuka kat kita...Eh! kira sama la tu ek..Mana ada orang suka mat rempit..kecuali minah rempit yang perasan cantik bila memakai baju ketat yang dibeli kat pasar malam..Huhu..Xpe abaikan persoalan tu..

Actually aku pening..Orang dok kata aku baik sangat..lelebih lagi kat opis tu..ada yang cakap aku tak tegas ngan staff2 sebab tu diorang pijak kepala...

Erm..nak wat camne, dah watak aku kat dunia ni "watak baik"...so kena la lakonkan dengan jayanya..Susah ek..jadi baik salah..jadi jahat dah tentu la lagi salah.

Ada sorang tu tadi patutnya masuk kul 3 tapi kul 3 tu la baru gigih nak sms tanpa rasa bersalah cakap baru bangun tdo..sorry pun tak cakap..Tak pepasal aku kena wat OT, menambah lagi OT aku yang menimbun tu, kalau kekira ngan jari jemari leh claim seminggu cuti ! Dah slalu sangat jadi camni cuma "same script different cast" !

Nak marah tapi aku tak reti nak marah...Kalau marah lelebih takut dia tarik muka..Tak seronok plak nanti nak kerja klu memasing tak puas hati kan..Tapi kalau tak tegas, diorang buat sesuka hati. Masalah skang ni aku tak reti nak jadi "jahat" ler..patut ke aku buat transformasi ?

p/s : Sepuluh kali kita buat baik orang tak kan ingat tapi sekali kita buat jahat selamanya orang akan ingat.

p/s : Pada minah rempit jangan marah ek, dah watak korang kat dunia ni camtu..terima je la. Nak berubah boleh cuma korang je suka bau asap motor. 
( Jahat tak aku pesan cam gini? haha ) 

emo-S-111


Benar perkara kecil tak elok untuk di perbesarkan  
Namun adakalanya perkara kecil terlalu besar kesannya untuk di perkecilkan


# Sekadar Berkongsi Pendapat 

Saturday, May 23, 2009

emo-S-11


Nak buat seorang lelaki menangis tak semudah buat mereka ketawa
Tapi sekali lelaki menangis jangan sesekali kita ketawa kerana emosi bukan ilusi

Tuesday, May 19, 2009

Orang TANYA? - Aku JUJUR - Korang RASA?

Orang slalu tanya aku asal mana?
Jujur aku jawab, aku xtau nak bagi jawapan. Ayah orang Pulau Pinang, mak orang Melaka, aku lahir kat Kota Kinabalu Sabah, skang duk kat Selangor pastu keja kat Kuala Lumpur. Senang cerita aku orang MALAY'sia

Orang slalu tanya kenapa aku kurus?
Jujur aku jawab, aku nak sgt2 gemuk. Tapi nak wat camne..dah try macam2 dah makan macam2 tapi badan still kurus.

Orang slalu tanya kenapa aku xbyk cakap?
Jujur aku jawab, aku spesis pendiam. Lebih suka berfikir dan cakap benda2 penting jek. Sebab tu aku lebih suka duk rumah.

Orang slalu tanya tak boring ke duk rumah je?
Jujur aku jawab, duk rumah lagi best. Mcm2 aku leh buat kat rumah contohnya ngemas rumah & berkebun. Pastu manja2 ngan Didi & rerabit. So far xde la mati keras kalau seminggu tak kluar rumah sebab aku leh spend masa ngan family & tolong ringankan beban mak buat kerja rumah.

Orang slalu tanya weekend buat pe?
Jujur aku jawab, jadual kerja tak menentu so cuti pun berterabur. Tapi kalau cuti pun aku xg memana kecuali kalau ada perkara penting nak buat.

Orang slalu tanya  slalu lepak mana?
Jujur aku jawab, aku tak ramai kawan so jarang huha-huha lepak memana.

Orang slalu tanya bila aku nak kawen?
Jujur aku jawab, skang aku xde awek. Tapi aku xkisah sgt sb prinsip aku, jodoh kita dah ditetapkan, so kalau dah takdir aku xkawen smpi hujung nyawa nak buat camne. Aku tak suka buang masa bercinta bagai nak rak tapi last2 kawen ngan org lain. Senang cerita tunggu je la kalau ada jodoh ngan sesapa...aku kawen la.

Orang slalu tanya xde facebook ke?
Jujur aku jawab, dulu ada tapi skang dah tutup sebab kat facebook xde privacy dan banyak sangat godaan.

Korang RASA dah kenal tak sape aku?


Monday, May 18, 2009

Orang Kata ! - Aku Rasa - Korang Fikir?


Orang kata " Hidup ni penuh dengan dugaan dan cabaran "
Aku rasa cabaran dan dugaan lah yang menjadikan kita lebih " HIDUP "

Orang kata  " Cinta itu buta "
Aku rasa kita yang BUTA sebab kekadang tak nampak apa itu cinta

Orang kata " Bagaikan pungguk rindukan bulan "
Aku rasa hebat lagi RINDU seorang ibu yang anaknya tak reti nak balik berbulan - bulan

Orang kata " Hidup tak semestinya indah "
Aku rasa SAMA je apa yang kita dapat cuma bezanya kita sendiri yang kena bijak nak corak kehidupan sendiri. Yang penting jangan cepat mengalah dan busuk hati ngan orang lain

Orang kata " Jangan suka berangan "
Aku rasa angan - angan boleh jadi KENYATAAN sebab dengan berangan kita boleh motivasikan diri. Yang penting mesti fikir positif bukan negatif dan sangat sensitif

Orang kata " Lelaki jalan pegang tangan tu gay "
Aku rasa orang Malaysia je suka FIKIR macam tu. Kat negara Islam lain macam Pakistan, benda ni pekara biasa yang boleh kita nampak hari - hari. Tapi kenapa bila perempuan bertudung jalan pegang tangan, kita tak cakap mereka lesbian?

                                                         
Orang kata " Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul "
Aku rasa yang memandang tak rasa berat mana pun. Alih - alih kita pandang dan cakap KESIAN tapi tak cuba nak membantu. Biasalah,  ramai yang suka melihat daripada membantu

Orang kata " Aku hensem "
Aku rasa sangat BERSYUKUR sebab ni rezeki aku kat dunia. Memasing punya kelebihan kan. Akhirat sok kita semua sama. Yang penting jangan cemburu sangat dengan rezeki orang lain

KORANG FIKIR ?

Friday, May 15, 2009

Hari Untuk Cikgu

Cikgu Ed : Kan bagus kalau Hari Guru semua cikgu cuti..ini tak..cikgu gak kena wat keja nak sambut hari guru

Erm..camtu la luahan seorang kawan yang juga seorang cikgu bila aku tanya pasal hari guru..Betul gak kata beliau , kenapa ek bila hari guru, cikgu2 tak dapat cuti khas..ntah..aku tatau..huhu
Memandangkan sok 16 Mei merupakan hari guru, so entry kali ni aku buat khas untuk cikgu-cikgi...

Imbas kembali masa zaman aku sekolah dulu..pendek kata zaman kegemilangan....seronok gak bila sambut hari guru ni..ada je macam2 aktiviti kat sekolah masa tu..contohnya macam perhimpunan khas pastu ada plak cikgu2 menonjolkan bakat terpendam..menyanyi la...berpuisi la..paling best time bagi hadiah kat cikgu sebab masa tu aku ngan kengkawan paling suka..sebab pe..sebab kitorang nak tengok cikgu mana paling poplar..kalau banyak bunga atau hadiah dia dapat, so dialah cikgu paling poplar kat sekolah..yang mana kurang atau xdapat langsung tu mula la buat2 muka sedih...ada gak cikgu yang selamba badak mintak hadiah kat anak murid..erm..xmalu sungguh mereka..

Dalam idup aku ada gak kawan2 ngan family yang kerja sebagai cikgu.

Aku :  best ke keja cikgu ?
Akak : ntah..best gak la...
Aku : uit..macam tak best jek
Akak : ala..macam kerja biasa cuma nak handle budak2 sekolah ni kadang2 pening skit....mcm2 kerenah
Aku : wooo..camtu

Akak Aku - Cikgu Elly
Mengajar Kat Sebuah Sekolah Rendah Di Puncak Alam

Camtu plak akak aku cakap bila ditanya best ke tak jadi cikgu. Erm..so kat sini aku nak ucapkan Selamat Hari Guru wat cikgu-cikgi kat seluruh Malaysia...especially akak aku Cikgu Elly , kengkawan aku Cikgu Eddy, Cikgu Jason dan juga makcik aku Cikgu Noraini - teruskan mendidik anak bangsa dengan penuh kesabaran..maklum la skang ni macam2 kes jadi kat sekolah , cikgu rotan anak murid , anak murid tumbuk cikgu , mak bapak saman sekolah , cikgu saman mak bapak...erm...ngepek je diorg ni !! Zaman aku dulu xde pun camni..semua baik2 belaka..sepakat..muafakat..bak kata Wonderpet
Apa yang penting KERJASAMA !! 

Cikgu Jason
Mengajar Di Salah Sebuah Sekolah Rendah Di Pedalaman Sarawak

Ni antara nama2 cikgu yang aku tak boleh lupa :

1.   Cikgu Zainab - Cikgu Tadika
2.   Cikgu Riduan - Sek Ren Keb Bandar Baru Sg Buloh
3.   Cikgu Asnida / Arnida - Sek Ren Keb Bandar Baru Sg Buloh
4.   Teacher Akma - Sek Keb Bandar Baru Sg Buloh
5.   Cikgu Hamidah - Sek Keb Bandar Baru Sg Buloh
6.   Cikgu Azura - Sek Keb Bandar Baru Sg Buloh
7. Cikgu Jumilah - Sek Men Keb Bandar Baru Sg Buloh
8. Cikgu Azlina - Sek Men Keb Bandar Baru Sg Buloh
9. Cikgu Husrain - Sek Men Keb Bandar Baru Sg Buloh
10. Cikgu Hamidah - Sek Men Teknik Sel Sg Buloh
11. Cikgu Azren - Sek Men Teknik Sel Sg Buloh

Erm..ramai lagi actually cuma aku tak ingat nama...sory ya cikgu ! Xpe yang penting aku still ingat muka diorg dan bakti serta tunjuk ajar diorg kat aku...

SELAMAT HARI GURU !

Monday, May 11, 2009

S.A.P.I

Saya Amat Penat Incik - Tu la maksud title entry ni..Bukan minyak sapi mau pun kisah tentang SAPIah anak penghulu kampung seberang...seberang mana aku pun tatau..ahaks! 


Ya..aku amat penat..tatau la knapa..dah 2 hari asyik menguap je kat opis..tak boleh nak kira dah brapa kali aku menguap..sebab kalau kira lagi bertambah  ngantuk..Macam mengira kambing biri2.. - Sape tak faham sila gantung diri ok...! 

Nak kata tak cukup tdo..aku dah tdo 6-7 jam..kira cukup la tu untuk REMAJA macam aku kan..Nak kata xde keja kat opis..Uiii...agak busy gak skang ni..tatau la..Balik rumah pun bukan leh tdo..ada je keja aku nak buat..ngemas itu ini...uruskan si Didi lagi..Rerabit aku lagi..letih sungguh badan ni rasanya. Aku plak bukan spesis suka tdo siang mau pun bermimpi di siang hari..sebab lain woo kesedapan tdo siang ngan tdo malam..Erm..alangkah bagusnya klu ada org tolong urut..ahaks!

Huarghhhh !! Aku menguap lagi ni..hehe..xleh tahan dah ni..aku nak cuba tdo jap..So sementara aku cuba mendodoikan diri, aku nak kongsi artikel ni ngan korang..Semoga korang pun menguap lepas ni..Zzzzzzzz

What is a yawn and why do people yawn? Yawning has fascinated people for hundreds of years, and many superstitions and myths have been created over the years.

Today we know that a yawn is a reflex of inhalation and exhalation that draws more oxygen into the bloodstream. A reflex is a built-in physical reaction that people often do not have control over. A yawn is often associated with a person being tired, but this is not always the cause for a yawn. People yawn for many reasons including stress, boredom, emotion and over-work.

Have you noticed that yawning seems to be contagious? If one person yawns, this appears to cause another person to yawn. Researchers have found that 40-60% of people who see a picture of someone yawning will yawn themselves. Even reading the word YAWN can make people yawn.

Although this “contagious” yawning behavior is not understood, it has been suggested that this could be the result of an unconscious herding behavior — a subtle way to communicate group behavior, such as when a birds follow the behavior of one bird, and all rise together as a whole flock.

Maybe a yawn is a signal to the group that it’s time to go to sleep. Or if someone yawns when they’re bored, it may be a sign to change the topic of conversation.

Yawning is not limited to humans. Animals of all types yawn. If you have a dog or cat, you’ve probably seen your pet yawn several times. Even some birds yawn such as cockatiel parrots, Adelie penguins and Emperor penguins.

Some of the more scientific explanations of why we yawn are caused by physical needs. One likely explanation is that the yawning reflex is triggered when our blood needs more oxygen. The deep breath helps replenish the levels of oxygen in our blood. Another common theory is that the yawn help regulate our body temperature. Other hypotheses suggest that the same chemicals in our brain that affect our moods and emotions cause us to yawn.

Some people think that yawning is rude and suggests that you are bored or uninterested. Superstitions about yawning have been around for hundreds of years and stem from the ancient Greeks. A common superstition says that a person must cover his or her mouth when yawning so that the soul does not escape through the mouth. Other superstitions say that yawning is a sign that danger is near. Today most people do not believe these superstitions and know that a yawn is a physical reflex.

p/s : Did you yawn while reading this article? hehehee......


Saturday, May 9, 2009

Hari Untuk MAK

Mak , Ibu , Mama , Mummy , Mum , Emak , Umi - Apa saja panggilan yang korang guna , ianya merujuk kepada seorang insan yang amat penting dalam hidup kita semua..Seorang wanita yang melahirkan dan membesarkan kita walau dalam apa jua keadaan sekalipun.

So..ni aku nak kenalkan kat korang, wanita yang paling penting dalam hidup aku..tanpa dia , aku xde kat dunia ni..kalau aku xde..blog ni pun xde..ahaks!

Sabariah Latif
Umur 53 Tahun
Lahir pada 26 Disember 1956
Dibesarkan di Pelabuhan Klang
Anak Ke-4 Daripada 14 Beradik
Dijodohkan Dengan Ahmad Kamal
Dikurniakan Anak Seramai 7 Orang
Seorang Isteri Yang Penyabar 
Seorang Mak Yang Bertanggungjawab

Apa yang aku tau pasal mak aku :

1.  Seorang yang sangat penyabar dalam melayani kerenah suami dan anak2.

2. Seorang yang pandai memasak terutamanya masakan melayu...kuih muih tradisional dan masakan kampung...termasuk fav aku - Kuah Asam Rebus Bendi

3. Seorang yang tenang ( aku mewarisinya..huhu )

4. Seorang pendengar setia dan tak suka berkata tentang orang lain.

5. Sentiasa menjadi sumber rujukan dan penasihat untuk adik beradik dia.

6. Seorang yang sangat rajin - tak boleh duduk diam ( aku mewarisinya gak..hehe )

7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14.........banyak lagi yang aku tau tp kalau taip memang tak abis..

Kenangan bersama mak yang aku xblh lupa :

1. Dia slalu berjaga malam buat ais krim untuk cari pendapatan sampingan buat blanja sekolah kami adik bradik - tahun ni tahun ke 25 dia buat macam tu.

2. Aku pernah eksiden ngan dia masa umur 7 tahun..time tu dia kayuh basikal nak pi pasar..org yang langgar tu nak bawa pi klinik tapi mak xnak walaupun masa tu tangan dia luka.

3. Aku satu-satunya anak yang dia tak pernah nak marah sangat2..pukul pun jarang kalau nak dibandingkan dengan adik bradik yang lain...

4. Kalau marah aku, dia tak pernah bahasa kan diri dia 'aku' kecuali dengan adik bradik yang lain.

5. Bila dia bersedih & menangis - aku pun akan ikut sama..sebab aku dapat rasa apa yang dia rasa.

6. Walaupun kami adik bradik dah bekerja..kadang2 bila xcukup duit..dia akan pinjamkan duit yang dia ada asalkan kami tak meminjam dengan orang lain...dan dia akan berusaha mencari jalan untuk pinjamkan kami duit.

Pesanan aku :

1 . Untuk diri sendiri - Aku janji selagi usia mak ada..aku akan cuba sedaya upaya jaga dia..jaga perasaan dia dan tolong dia buat kerja rumah.

2.  Untuk korang yang masih ada mak - Jagalah mak korang baik2, walau apa pun yang berlaku antara korang, ingatlah..dia satu-satunya mak korang dunia akhirat...tiada ganti dan tak boleh dijual beli.

3. Untuk korang yang dah kehilangan mak  - Aku sedekahkan Al-Fatihah untuk mak korang, semoga mereka ditempatkan antara golongan yang diberkati Allah S.W.T 

* Actually banyak lagi aku nak kongsi ngan korang pasal mak aku..tapi sory..setakat ni saja sebab tetiba aku jadi sebak - so aku nak pi depan..nak teman dia tengok cerekarama kat tv3.

SELAMAT HARI IBU MAK ! ORANG SAYANG MAK !!!!


Friday, May 8, 2009

Suka - Duka - Terkedu

1. SUKA

Petang semalam..ketika sedang GIGIH bekerja sambil memikirkan politik opis yang semakin memeningkan..aku terima 1 paper bag - ada logo salah satu hotel terkemuka kat area KLCC.. "Uit !!!.. mende plak ni " erm...dalam paper bag tu ada satu kotak kaler kelabu bereben biru ( kombinasi kaler yg sangat teruk! )..memandangkan skang ni musim selsema b**i , takut gak aku nak bukak..kot2 la ada org dengki nak pedajal aku..tapi bila fikir yang virus selsema b**i tak layak duk dalam kotak tu.so aku pun bukak la...


 " WAAHHH !! "

Dalam kotak tu ada sebotol perfume GIORGIO ARMANI ngan 2 helai mini trunk CALVIN KLEIN...Siapakah insan pemurah yg dok bagi aku benda2 ni..ntah la..tak dapat nak kesan sebab member yang terima paper bag tu dah balik..so aku tak sempat nak siasat..

Harap maaf.."titik tumpuan" terpaksa ditutup untuk mengelakkan korang tak keruan..hehe

Best gak baunya

Was2 gak nak guna takut benda2 tu dah dijampi tapi mak aku cakap rezeki jangan ditolak..Incik Zan aku plak cakap " dah orang bagi..amik je la " heheh... Walaupun bau perfume tu mampu menusuk lubang idung sesape je..tapi aku lebih suka dan sayang perfume yang aku dapat masa birthday 2 bulan lepas - INTIMATELY BECKHAM 'NIGHT'..

Hadiah Birthday 2009

----------------------------------------------------------------------------------
2. DUKA

Betul gak pepatah melayu - DALAM SUKA ADA DUKA..malam tadi masa balik keja scoot aku wat hal..ekzos yg dah RETAK MENANTI BELAH tu..terbelah gak akhirnya! Korang tau je la kan..kalau ekzos bocor macam mana bising bunyinya kan..3x ganda bising bunyi Harley Davidson pokcik M.Rajoli 
( semoga kesihatan beliau pulih seperti biasa.. AMIN ! ) so..demi menjaga ketenteraman masyarakat sekitar yg sedang lena di ulit laki dan bini memasing..terpaksa la aku tolak scoot tu..jauh gak la..pas tinggalkan kat kawasan yang bebas penyangak..aku call Zack suh amik...sib baik beliau belum tidur ( masa tu dalam kul 1pagi ) dan pagi ni..aku g tukar ekzos baru..kena RM180..tapi best..rasa ringan...mcm bawak scoot baru...pasni ni blh aku rempit lelaju..hehe

Apek yg kedekut ! Mintak diskaun skit pun xbleh...

----------------------------------------------------------------------------------

3 . TERKEDU

Ngah sesedap taip entry ni..ayah aku tetiba tanya soalan cepu cemas  :

Ayah : dik..ko xde makwe ke ? 
Aku   : mana ada yah..org keja pun xtentu masa..
Ayah : dik..xkira la ko ada makwe ke tak..tapi nanti ayah nak tengok makwe ko..mana tau ayah xpanjang umur..sekurang-kurangnya ayah dapat tengok makwe ko..

Perbualan kami terhenti kat situ...sebab sekelip mata ayah aku dah tdo...Erm...mamai la tu kot tadi...huhuhu...


Thursday, May 7, 2009

Bye Bye BE'LAT


BE'LAT si kecil yang tak reti duk diam... Erm..smalam last day aku bela dia...Start ari ni dia dapat tuan baru...opismate aku..Berat tul nak lepaskan Be'lat tapi nak tolong member nya pasal..terpaksa aku bagi kat dia..

Faiz : Bro..aku nak mintak kelinci ko sekor 
( kelinci = arnab dlm bahasa indon )
Aku : Uhh..!! nak wat pe..ko reti bela ke?
Faiz : Tolong ah bro..bini aku dah lama nak bela..kan ritu aku cakap kat ko..
Aku : A..ah la..aku lupa...hehe

Faiz ni bini dia org seberang..sebab tu dia sebut kelinci...dia cakap bini dia merajuk, so dia nak pujuk la bini dia dgn bagi rabit sekor...Memandangkan niat dia ikhlas...so dengan berat hati aku bagi hak penjagaan Be'lat kat dia...Sedih gak la sebab dari baby lagi aku bela Be'lat..Bagi nyusu bagi makan..dan Be'lat satu2nya waris si Bella yg masih idup..Bella ni dulu aku dah lepaskan kat hutan ngan Betty..ntah apa la nasib dua bradik tu..

Pesan aku kat Faiz :

" Ko jaga dia elok2...jangan bagi dia sakit..mati sok..siap ko !! "

p/s : nama Be'lat diberi sebab dia anak 'BE'lla pastu satu2nya yg kaler cok'LAT'

Wednesday, May 6, 2009

Semangat 1 Malaysia

Nak kongsi satu cerita ngan korang..kisah benar. Semalam aku keja ptg..So dlm kul 2 aku gerak..Singgah gi isi minyak jap. Masa turun scoot..ada sorang pokcik india..Raut wajah mcm watak jahat drama tamil kat Tv2. Bengis tp tak menggerunkan..huhu (aku tau la sebab bebudak opis aku suka bebenor crita tamil) Umur dlm 40++ kot. Walaupun raut wajah beliau sebegitu rupa tp dia sempat senyum kat aku..Lepas isi minyak tetiba dia muncul kat depan..

Beliau : Adik..kasi tanya satu boley?
Aku : Apa?
Beliau : Ini adik mana mau pergi? ada masuk KL ka?
Aku : Nak g keja..kat Bukit Bintang..nape?
Beliau : Itu..kalu saya satu kali tumpang boley ka adik? Kasi turun saya mana2 pun boley
Aku : Erm..mana mau pergi?
Beliau : Cheras
(Menurut beliau..beliau pi rumah kawan..tp kawan beliau xboleh hantar balik sb motor rosak,duit plak xde nak buat tambang..
pastu dah dekat 3 jam beliau mintak tolong org kat situ tp xde sape yg nak tolong)
Aku : Ok la..Jom

Disebabkan aku ni mudah kesian, so aku tumpangkan la beliau..Sepanjang perjalanan 20minit tu aku risau gak kot2 beliau ada niat jahat tapi alhamdulillah..xde pape yg berlaku..Cuma skali skala perut beliau yg agak boroi tu menyentuh belakang badan aku..Eiiuww..!! Sempat gak la beliau interview aku mcm2..keja mana..duduk mana..bla..bla..bla..

Beliau : Kasi turun saya sana batu 5 boley ka adik?
Aku : Batu 5 dekat Sungai Mas ?
Beliau : Iya adik..sana boley..

Dah dekat nak sampai, beliau bersuara lagi

Beliau : Adik..kalu saya kasi tanya satu jangan marah ya
(dalam hati aku dah cuak)
Aku : Apa?
Beliau : 2 ringgit kasi pinjam la adik..mau buat tambang bas..

Erm..dlm wallet ada sekeping 50 hengget ngan sekeping 5 hengget je. Nak xnak terpaksa aku bg beliau 5 hengget..Tak sampai hati plak kot2 beliau mintak sedekah tepi jalan

Beliau : Terima kasih adik..terima kasih adik.. u banyak baik sama saya
Aku : Xpe...u doa saya murah rezeki cukup..
Beliau : Ok adik...terima kasih..selamat jalan..moto baik2 bawa adik

Pastu tu aku terus jalan menuju Bukit Bintang..dalam hati aku dok fikir..sib baik xjadi pape yg buruk. Tapi aku kesian gak kat beliau, sampai 3 jam mintak tolong xde org nak tolong..persoalannya kenapa ek? 

Mungkin sebab beliau ke***g ?

Mungkin sebab org takut dengan muka beliau yg agak bengis tu?

Ntah la..tapi sepanjang perjalanan..bila stop kat trafic light..org kiri kanan duk jeling smacam..
JEJAKA MELAYU NAIK SCOOT NGAN POKCIK INDIA !! 
Pelik ke? Biasala org Malaysia..Suka melihat daripada membantu

p/s : ni nak tanya la kan (ala2 FAFAU)..klu korang kat tempat aku la..korang tolong tak beliau?

p/ss : mak aku cakap..rini kita tolong org, sok lusa org tolong kita plak

Monday, May 4, 2009

Lagu Untuk D.I.A


Saat aku tertawa 
diatas semua
Saat aku menangisi 
kesedihanku

Aku... ingin engkau selalu ada...
Aku... ingin engkau aku kenang...

Selama aku
Masih bisa bernafas
Masih sanggup berjalan ku kan slalu memujamu
Meski ku tak tahu lagi
Engkau ada dimana
Dengarkan aku... Ku merindukan mu

Saat aku mencoba merubah sgalanya
Saat aku meratapi kekalahanku
Aku... ingin engkau selalu ada
Aku... ingin engkau aku kenang

Dengarkan aku....
Ku merindukan mu....