Friday, January 14, 2011

KHURAFAT


Baru je balik tgk movie, cita pe? Owh...cita melayu, KHURAFAT. Korang dah tengok? Mesti ramai yang belum kan coz filem ni baru je start semalam. Apa maksud khurafat? baca ni :

Khurafat adalah salah satu bentuk penyelewengan dalam aqidah Islam. Amalan khurafat mengalih pergantungan manusia daripada Khalik (pencipta/Allah) kepada makhluk (yang dicipta). Di dalam Al-Quran terdapat beberapa ayat yang menyeru kepada pergantungan kepada Allah dan menolak kepercayaan terhadap yang selainnya bagi mendapat kebaikan daan menolak keburukan. Yang memberi segala kenikmatan dan keyakinan hanya Allah.

Erm, not so bad la tapi xla bagus sangat. Bukan tak menyokong cuma ada banyak part yang penonton boleh jangka sebab biasala filem kita kan kena ikut garis panduan LPFM. So ada part yang dah biasa sangat kuar dalam filem seram, antaranya :
  • lampu padam tiba2
  • ngah drive tiba2 nampak hantu, pastu eksiden
  • bila pandang depan, hantu datang dari belakang ataupun sebaliknya
  • kena peluk ngan hantu / kena sergah hantu...demm!!! rupanya mimpi


Owh! semuanya penonton boleh jangka :) Pape pun kita tonton sebagai hiburan & tanda sokongan terhadap filem tempatan.

Kalau filem luar yg lagi merepek korang boleh berduyun duyun g tengok, kenapa tidak filem tempatan kan.


Kerenah Orang Luar


Ni ada sedikit info nak share ngan korang.
Tentang tabiat masyarakat dunia yang aku nampak bila diorg stay kat hotel.

1.Kaki Putar Alam.

- Golongan ni selalunya datang dari India & Bangladesh.Dengan cara bercakap yang berpusing2, diorg selalunya akan buat aku pening. Bila kita kata A diorg akan pusing sampai Z.Macam2 soalan yang tak berkaitan akan keluar sedangkan nak stay semalam je pun.Bab bau jangan cakaplah, masuk pintu lobi dah bau sampai kaunter.

2.Kaki Kedekut

Golongan ni selalunya datang dari Australia & Singapura.Perghhhh....berkira bagai nak gila. Tapi Australian memang champion! Sometime bil RM1 pun nak dipertikaikan. Baru RM1 je pun sedangkan kalau convert AUD or SD baru brape posen.

3.Kaki Komplen

Golongan ni pun datangnya dari Australia & Singapura. Tapi kali ni Singaporean champion! Bab2 komplen memang nombor satu. Pantang ada silap sikit, habis satu dunia dia nak kecoh. Jumpa sekor semut atas katil nak mintak tukar bilik. Aircond tak sejuk nak mintak upgrade bilik. Asal ada sikit benda tak betul,nak mintak diskaun sini sana.

4.Kaki Menyakitkan Hati.

Golongan ni kebanyakkannya Pak Arab yang datang nun jauh dari seluruh pelusuk Timur Tengah. Mashaallah! Banyak bikin susah. Nak duduk hotel macam nak beli ikan kat pasar. Biasanya diorang akan mintak survey bilik dulu, then naik buat tour dulu, kalau puas hati baru nak stay. Paling best ada yang sanggup merayu mintak diskaun lagi kononnya hotel tu bapak aku punya.Bab berlagak jangan cakap la, " I have money...so I can pay! " hah...yg tu ayat yang diorg slalu guna.

5.Kaki Hentam Keromo

Golongan ni paling best, selalunya datang dari Jepun & China. Bab komunikasi memang fail. Sebab diorg ingat bahasa diorg bahasa dunia, semua org leh faham.Bila bercakap or request something dibantainya bahasa ibunda diorg. Minta kredit kad dibaginya sim kad, mintak pasport dibaginya I-pod. Gadget nak hebat2 tapi english malas nak belajar...adoiii la.Aku pun xfaham, kebanyakkannya bisnesman yang berjaya dan bisnes satu dunia tapi English fail.

Ada satu lagi kategori yang aku xboleh sebut sebab nak menjaga hati serumpun (korang faham2 je la) Yang ni pun tak kurang hebatnya juga tapi aku maafkan je la sebab dah memang azalinya diorg macam tu.


** Actually seronok bila kerja hotel. Sebab tiap-tiap hari macam2 jenis org kita jumpa dan kita kenal.
Sedikit sebanyak aku dapat kaji tabiat masyarakat dunia, dan dari situ aku sedar yang sebenarnya masyarakat Malaysia jauh lebih baik, cuma kita je yang kadang kala perasan bagus.

Thursday, January 13, 2011

Semangat 2011

Hidup ni kena kuat,

Baru diri rasa hebat,

Walaupun banyak dugaan,

Kita terima sebagai cabaran

Makin lama kita berjalan,

Semakin mudah untuk berlari.

Makin lama kita bertahan,

Semakin mudah untuk selari


Friday, December 24, 2010

Selepas 13 Tahun

Yeaaay !!


Ahad ni nak g jalan....lokasinya? Nun jauuuuuuuuuuh di utara tanah air kita, PERLIS INDERA KAYANGAN. Last aku sampai 13 tahun lepas..perghh..lama tu padahal dalam Malaysia je pun.

Tujuannya nak ngantor adik g sambung study kat UITM Arau.

Tapi nak amik kesempatan nak merayap gak nanti....lokasi wajib semestinya Gua Kelam & Padang Besar...ala Perlis tu kecik je..satu hari leh pusing kot...nak amik pic banyak2 :)


Tuesday, December 14, 2010

Kisah Kita

This is a story about love

Cinta sepasang kucing..yang berlatarkan senikata lagu Ku Ada Kamu


Sepasang kucing yang saling menyayangi. Mereka duduk belayar bersama. Sentiasa bertentang mata, merenung di antara satu sama lain. Menghargai setiap pengorbanan yang dilakukan masing-masing.


Perlayaran mereka hanya berbekalkan sebatang joran. Joran yang merupakan simbolik kepada setiap pengorbanan yang mereka lakukan demi untuk menjaga dan memberi keselesaan kepada pasangannya. Berkongsi pendapat..berkongsi kasih..dan berkongsi segalanya.


Tak kira lah setinggi mana pun ombak dan badai melanda, setenang mana pun bayu dilaut, mereka tetap kekal bersama.

So the love remains strong despite the ups and downs of life....

Friday, December 10, 2010

Muzium Layang - Layang


Siapa pernah main layang2? Ingat lagi tak macam mana nak main?

Seronokkan...dulu masa zaman kanak2 riang aku main gak. Ala layang2 yang plastik tu, awal tahun 90an, masa tu 50 sen je dah dapat satu. Paling seronok sebab ada macam2 gambo superhero kat atas layang2 tu. Then nak bagi terbang tinggi ikat kat beskal pastu kayuh laju2..alangkah syoknya zaman kanak2 kan :)

Tak sangka rupanya layang2 pun ada muzium sendri. Baru2 ni aku dapat peluang g melawat. Lokasinya nun jauh di Pasir Gudang.

Nak masuk tempat org kena lap kaki dulu

Dah masuk tempat org, kena la amik gambo kenangan plak ;p

" Tuan rumah " menyambut dengan penuh ceria

Di tepung tawar plak ngan penari dari India

Di iringi hulubalang istana

OMG !!! Ada pergaduhan laki bini... ;p

Pergaduhan Laki Bini Siri 2 - huhuhu

No wonder la...laki dia ada pompuan lain...ahaks!

Terbaik!! Nape zaman kecik2 dulu xde camni? :(

Xde semua ni xkan jadi kot lelayang

Leh buat bungkus tempe...

Xtau la benda ni leh terbang ke tak

Owh! Dah sama taraf cam Queen Elizabeth sebab Lelayang dah ada stamp sendri, artis no 1 negara pun belum pernah ada stamp sendri :P

Cuba menerbangkan "kukubird" beliau ?? hahaha...

Walaupun muzium tu tak sebesar mid valley, tapi aku puas hati sebab dapat jejakkan kaki dan tau serba sedikit sejarah layang2 :)

Saturday, November 13, 2010

C.H.A.N.G.E

Rupa Paras Itu Anugerah Allah,
Kita Tidak Mampu Mengubahnya.
Tetapi Jika Peribadi Dan Tingkah Laku Itu Buruk,
Masih Sempat Untuk Kita Mengubahnya.

p/s : pesanan untuk teman dan diri sendiri :)