Tuesday, November 9, 2010

Untuk "Disunting"

Iklan Tak Berbayar
________________


Ok..nak buat iklan skit kali ni. Ada tak sesapa yg berminat kat si comel ni?
Kalau ada bagi tau, tapi nak yg betul2 serius nak bela. Sebab si comel ni daripada kecik memang duk terperap dalam rumah, so agak manja sedikit.


Nama : Louie
Jantina : Si Dara Sunti
Umur : 8 Bulan
Keturunan : Parsi + Kucing Kebanyakkan
Ciri-ciri : Agak kuat makan, masih dara, pemalu, manja dan segala macam sifat semulajadi kucing
Hantaran : RM 700++
Warna Bulu : Korg tgk la kat gambo tu, aku tgk cam brown + grey


Kalau ikut perkiraan, si comel ni merangkap anak sedara Didi aku, sebab tu cam ada iras2 si Didi.


So pada sesapa yang berminat, please let me know ya =)

Friday, November 5, 2010

Taman Burung Kuala Lumpur

Lokasi : Taman Burung Kuala Lumpur - TBKL

Waktu : Beberapa hari yang lepas

Cuba baca tu... :)

Last aku masuk kat TBKL ni kalau tak silap masa umur 9 or 10 tahun, agak lama la gak kan.
Burung2 yang ada pun dah bertukar generasi agaknya.

Tiket masuk cuma RM20 je utk dewasa. Bunyi cam mahal ek? Huh! RM20 je pun...dgn duit tu la diorg guna buat beli makanan dan kos penyelenggaraan. So toksah la berkira sangat klu nak gi melawat, sebab memang berbaloi baloi pun tempat ni. Kat sini la korg leh intai macam2 spesis burung yang lain dpd yang korang slalu main tu... ;p tenang je rasanya.

Cantik sungguh ciptaan Allah
Nama dia Koko..tp dia Putih
Owh!! Geramnya!!
Betik bagus untuk sembelit...sb tu burung suka berak merata :)
Anak itik Tok Wi
Burung hantu ni comel sebenarnya kan....
Beliau sangat cantik !
Sape tak kenal bangau?? ni la dia...
Helang
Rasa cam nak bawak balik je...
Kan dah cakap betik tu bagus...

Tambah lagi koleksi peribadi

Sedar tak sedar dekat 2 jam gak aku kat dalam TBKL tu. Korg klu dah bosan xtau nak g mana, g la melawat jap. .daripada duk kehulu hilir jual muka kat Pavillion, baik g tempat camni.

Tuesday, November 2, 2010

Drive Up Ur Life


" Hidup Kita Boleh Di Ibaratkan Macam Memandu,
Kena Bijak Pilih Lorong Kiri Kanan Atau Tengah
Supaya Tak Menyusahkan Orang Lain.
Bila Kita Tersesat, Masih Sempat Buat U-Turn Untuk Pulang Ke Pangkal Jalan "


p/s : disebabkan ada yg terasa so aku nak bg tau entry ni "TIADA KAITAN ANTARA YANG HIDUP ATAU YANG DAH MATI" SILA JANGAN PERASAN

Saturday, October 9, 2010

Monday, October 4, 2010

Merpati

Jinak Jinak Burung Merpati
Di Halau Pergi Datang Kembali
Jinak Jinak Si Buah Hati
Diperkecilkan Jangan Sekali





Aku jumpa merpati ni semalam kat umah akak, sangat jinak & comel. Orang pegang pun dia tak gabra. Kalau ikutkan hati rasa nak bawak balik je bg kawan ngan Didi. Tapi kesian plak sebab burung tak sepatutnya jadi "pet" sebab dunia mereka bebas bukan setakat terkurung dalam sangkar.

p/s : pantun kat atas tu cuma pembuka bicara :)

Wednesday, September 15, 2010

Raya Datang Lagi !!

" Selamat hari raya mintak maaf minta ampun dari hujung kaki sampai hujung rambut, andai ada salah dan silap. Halalkan makan dan minum kalau ada terlebih terkurang. Kosong - kosong ya !!"

Haa...tu la skrip wajib aku di pagi raya..hehe..
Rasanya tak terlewatkan nak wish Selamat Hari Raya kat sini...ala..baru masuk raya ke 6..org MALAYsia kan sambut raya sebulan, so layankan aja :)

Gambo raya family aku tak pernah cukup korum...huhu

Selamat ari raya mak...selamat ari raya ayah !!!

Ni je la sorg adik pompuan aku

Nama dia Ayie..tahun ni amik PMR
3 Generasi
1st time sambut raya..kena nampak comel