Thursday, November 19, 2009

MAAF - Diluluskan !!


Maaf pada yang terasa.
Bukan niat menutup bicara
Tapi kerana hati terluka
Di atur ayat tanda kecewa

Kerana kadang-kadang jangan disia
Pada rasa yang tak pernah meminta
Balasan setia tiada nilainya

Aku tau kau siapa...
Kau sedar aku siapa...

Yang pasti peluang ke dua cuma sekali.

Tuesday, November 17, 2009

Kadang - Kadang


kadang - kadang
bila dikongkong..rasa bosan...
seolah-olah tersepit dan terjerat...
xbebas bergerak...
xbebas berlari...
xbebas berpoya-poya...
xbebas itu...
xbebas ini...

Salah siapa?
bila kadang - kadang
cuma nak amik berat...
cuma nak tunjuk rasa hormat...
cuma nak tunjuk tanda sayang...

cuma kadang - kadang
semuanya diluar kawalan...
semuanya dikawal emosi...
semuanya jadi sangsi...

tapi bila kadang - kadang itu hilang
jangan sesekali dikesali...
jangan sesekali ditangisi...

sebab kadang - kadang kita tak hargai apa yang kita ada


Monday, November 9, 2009

' Sardin ' Malaysia


Sape yang tak pernah makan sardin? Tipu la kan kalau ada yang cakap tak pernah. Tapi aku tak kisah pun korang pernah makan ke tak..saje je tanya buat pembuka bicara.

Entry kali ni aku nak share something pasal sardin.
Sardin cap MALAYSIA!

Mana2 ada je, tapi lebih senang nak dapat kat bandar2 besar lebih2 lagi kat KL. Waktu yang sesuai untuk menikmatinya ialah time break1st ngan dinner. Sardin ni lain daripada yang lain,
sebab di isi padat sepadat yang boleh. Bermacam-macam saiz dan jenis ikan ada kat dalam, kecik,besar,gemuk,kurus, semuanya ada. Selagi ada ruang, akan disumbat..disumbat..dan terus disumbat. Kasihan pada ikan2 yang kecil dan lemah. Tapi nak buat camne, itu aja termampu.

Rasanya boleh la tahan tapi yang lagi best dia punya bau. Kalau pagi2 xpe lagi sebab time tu ikan yang ada semuanya segar dari ladang...Eh! Bukan...segar dari bilik mandi yang kemudiannya disembur dengan pelbagai jenis pewangi mewah dan juga tiruan dari Petaling Street. Tapi kalau hidang dalam waktu puncak or time2 dekat nak dinner tu...Perghhhhh...aromanya sungguh mengasyikkan....lebih2 lagi kalau ada ikan import. Ikan import ni kalau jenis putih xpe lagi..best skit kalau nak dibandingkan dengan ikan2 import yang gelap..Sebab yang gelap ni la yang kerap menghasilkan bau yang hanyir untuk dihidu.

Cari dan lihat..then korang akan faham maksud aku.


p/s : Sardin yang aku maksudkan kat sini adalah sistem pengangkutan awam kat Malaysia termasuk Monorail, bas, Komuter dan juga LRT.

Thursday, November 5, 2009

( no title )

AKU
BENCI

P E N I P U !

Background Music : Hati Yang Kau Sakiti

Friday, October 30, 2009

Opis Aku 2

Hahaha..nampak cam ada salah faham je kat entry sebelum ni kan.
Ada plak yang fikir opis aku renovation jadi bilik tdo. Korang salah la..opis aku pas renovation ritu jadi cam kat bawah ni. Cuma ganti karpet pastu tambah meja ngan pc. Kira lagi besar la daripada sebelum ni.


Still "muka" cam opis gak...xde pun transform jadi bilik tdo yang hebat tu. Kan ke dah cakap kat situ. Ada gak yang blur rupanya...hehe

Gambo bilik tu actually bilik hotel yang aku tdo selepas penat lelah kat opis ritu. Dapat tdo situ free, so kira berbaloi la ngan kerja aku ritu.

Tuesday, October 27, 2009

Opis Aku


Akhirnya dapat gak aku menggagahkan diri yang tak brape gagah ni untuk update blog.

Tuhan je tau (dan juga mereka yang dah aku bagi tau) betapa busy'nya aku beberapa hari lepas dah beberapa hari yang akan lepas (sila buat2 faham). Bukan busy sebab nak kawen tapi sebab ada wat aktiviti kelabut (kelam kabut = xde proper plan) skit kat opis.


Senang cerita, opis aku wat sikit renovation yang agak besar kesannya. Semuanya nak siap dalam masa 1 hari. Pergh..!! Seksa sungguh rasanya. Nak ganti karpet, nak pindah meja, nak pecah dinding, nak transfer pc, nak transfer line, nak tarik kabel, nak kemas2 dan bermacam-macam nak lagi lah.


Tapi Alhamdulillah, akhirnya opis aku berwajah baru selepas bertungkus lumus dan hampir pengsan selepas terpaksa hidu gam karpet 2-3 jam (pergh!! memang ting tong habis) dan aku sebagai org yang agak penting kat opis berjaya mendapatkan tajaan bilik tdo yang agak mengasyikan..



Sok lusa aku letak gambo "opis baru" ya...

Sunday, October 18, 2009

My Baby Boo

Entry kali ni nak memperkenalkan 'produk' terbaru keluarga Akmal.. :p
Akak aku yang sulong baru je selamat lahirkan baby girl. Ni kira anak sedara aku yang ke2. Yang 1st dulu anak kakak num 2..perempuan gak.

Nama : Nur Adliena Umairah Binti Azman (azman kot nama bapak dia..lupa..)
Tarikh Di hasilkan : Tak Pasti..(tu rahsia kakak aku ngan laki dia.haha)
Tarik Lahir : 30 September 09
Waktu Lahir : Lebih kurang jam 4 pagi
Cita-cita : Nak jadi anak yang baik...insya'allah


Pakcik syg kamu !


p/s : camne la rupa anak aku sok ek...comel ke comot ke cantik ke..tak kisah la, janji sempurna. AMIN..tapi bila ek aku nak ada anak...huhu