Monday, March 11, 2013

Tuesday, February 26, 2013

Visit Vietnam 2013 : Part 1

Assalammulaikum semua. 

Kali ni nak share satu pengalaman percutian yang dirancang secara kebetulan. Percutian ke Tin Tin City @ Ho Chi Minh, Vietnam pada 21-24 Feb lepas.

Aku gi sana naik MAS. Plan asal kononnya nak jimat, so survey tiket kat AirAsia. Tapi bila buat perbandingan, lebih baik naik MAS sebab bezanya tak banyak. MAS tawarkan harga tiket RM630nett termasuk makan & AirAsia punya tiket lepas tambah itu ini yg tak penting, jadi RM660 TAK termasuk makan. Lagipun MAS punya seat lebih selesa.

Perjalan ke bandar Ho Chi Minh (HCM bandar terbesar di Vietnam) amik masa dalam 2 jam dan kat sana lewat satu jam berbanding waktu kat Malaysia. 

Kat HCM korang leh jumpa banyak hotel, so if xde buat tempahan, just walk in pun confirm dapat bilik. Hotel yang aku pilih terletak kat area District 1, hotel Yellow House Saigon. Not bad la, baru je beroperasi dalam bulan November 2012. Masih baru dan bilik pun bersih. 

Laluan masuk ke hotel. Terletak di kawasan perumahan.

 
 Yellow House Saigon

Suite room. Ada mini kitchen yang cukup semuanya

 
1 Queen size bed + 1 Single bed

Bilik mandi yang sexy ^.^

Suite room guest juga dapat complimentary rokok 5 batang ^.^
"malang" nya aku tak merokok hehe

Selain daripada Wifi free, komputer, mini gym, 
YHS juga menyediakan kemudahan sewa basikal & motor.

To be continue ~

Tuesday, January 15, 2013

Buah Hati Saya ^.^


Comel tak? Ni la buah hati terbaru. Umur baru 22 hari. 
Tak ada nama lagi sebab tak pasti jantina.
Ada cadangan tak ? 

Tuesday, January 8, 2013

Put Your Price Tag




~ Jual mahal ada market value, tak apa. 
Daripada jual murah tapi tak laku laku.
Pergi berdiri depan cermin. Tengok dan cari harga diri 
~

Sunday, January 6, 2013

Back in Two Zero One Three

Alhamdulillah, lepas cuba banyak kali, akhirnya dapat gak aku ingat balik password untuk blog ni. Ini lah padahnya kalau letak password yang bombastik sangat. Bila dah lama tak update, ramai yang ingat blog ni macam dah tak wujud or sekadar blog hangat2 taik ayam. 

Bukan macam tu, perasaan nak menulis blog ni masih tebal cuma lepas lupa password ritu, hati macam blur. Banyak benda nak update & kongsi tapi tak berkesempatan. Lagi pun sekarang aku dah jadi somebody kat tempat keja, position ke 5 dalam masa 6 tahun. So masa yang ada pun agak terhad, maklum la orang gila kerja memang macam ni. 


By the way, still ada masa nak ucap SELAMAT TAHUN BARU untuk sesapa yang baca blog ni, kalau ada lah ( ada ke ? ^.^) Untuk tahun 2013 ni. Insyaallah, banyak cerita yang nak dikongsikan mungkin lebih banyak cerita pasal percutian atau mungkin juga banyak cerita pasal kehidupan yang kadang kala kita sendiri tak terfikir ianya akan berlaku. 


Saturday, June 23, 2012

Pangkor Paradise

Just nak berkongsi beberapa gambar sekitar percutian kat Pulau Pangkor bulan Mei lepas. Seronok rasanya bila sekali sekala dapat gi bercuti ngan family.






Tuesday, April 3, 2012

HDR Picca !!

Korang tau tak apa maksud HDR ?

" High dynamic range (HDR) images enable photographers to record a greater range of tonal detail than a camera could capture in a single photo. This opens up a whole new set of lighting possibilities which one might have previously avoided — for purely technical reasons. The new "merge to HDR" feature of Photoshop accomplishes this by combining a series of bracketed exposures into a single image, which encompasses the tonal detail of the entire series "

Aku pun baru je belajar buat HDR ni..so ni la hasil yang tak seberapa.

Original pic, maksudnya takde edit secebis kuman pun kat situ

Ni gambar lepas make over :) ok tak ?
Nak nampak jelas, click je kat gambar tu


Seriously kalau kena dengan gambar terutamanya gambar2 lanskap, teknik HDR ni akan menghasilkan gambar yang marvelous !!

Monday, April 2, 2012

Old And Alone

Lokasi : Taman Tasik Metropolitan, Kepong


Kemuncup tua yang dah bersawang.
Menunggu waktu rebah ke bumi.

Sunday, April 1, 2012

Cuti Cuti Malaysia Part 2


Muzium Peranakan : Pulau Pinang

Biar gambar aja bercerita :)


Susah juga nak cari tempat ni sebab agak tersorok sebalik bangunan2 lain yang kebanyakkannya macam sama je rupa. Nasib baik ada gps kalau tak memang tak sampai la jawabnya :)

Nak masuk kena bayar RM10. Okay la tu tak la mahal sangat.

Ni kot tuan tanah. Entah, main agak aja :)




Antara barang2 antik yang kita blh tgk dalam muzium ni.

Barang2 perhiasan diri "nyonya Mansor" :p
xde pun guna Revlon or Simply Siti tapi tetap cantik :)

Kamera zaman dolu2.. :)





Sebelum keluar, pekena Ais Kacang Special dulu. Sebab kalau betul2 mengamati satu persatu barang2 dalam muzium ni, kita akan amik masa dalam sejam setengah. So time nak keluar tu memang akan berpeluh sebab banguan lama + diorg tak pasang aircond :)


To be continue....again..

Wednesday, March 21, 2012

Cuti Cuti Malaysia Part 1

Seronok rasanya bila dapat pi bercuti kan? Macam tu la perasaan ni last week. Tak pi jauh pun, just pi Pulau Pinang. Negara sendiri banyak tempat2 menarik so buat apa nak abis duit pi oversea :)

Tambah seronok bila keja hotel sebab dapat sewa bilik guna staf rate. Mana lagi kalau bukan stay kat Parkroyal Penang. Lokasinya kat Batu Ferringhi dah cukup baik cukup mendamaikan, betul2 tepi pantai. Orang lain duk susah2 bayar 400 -500 tapi aku cuma bayar 1/3 daripada tu.

Ke Penang kalau tak pekena nasik kandar memang tak sah !

Burma Temple @ Jalan Burma





Seriously kalau korang pandai explore, banyak tempat2 best yg boleh dilawati. Nampak je kecik tapi 3 hari belum tentu cukup nak round satu Penang ~ lebih2 lagi kalau korang xtau jalan mana nak tuju :p

Kebetulan dalam hati ada niat nak pi tengok World Press Photo Exhibition 2011 ~ Pameran ni tentang gambar2 terbaik yang pernah dirakam wartawan seluruh dunia di mana kebanyakkannya mendapat perhatian dunia & juga memenangi beberapa anugerah.

Gambar seorang isteri muda yang dikerat telinga & hidung kerana dikatakan telah "mengaibkan" maruah suaminya

Masa diorg buat kat KLCC awal February ritu, tak berkesempatan nak pi. So dah ada kat Penang, memang rugi lah kalau tak pi. Every single picture ada maksud & cerita tersendiri.

Simple tapi ada maksud tersirat




Gambar ni paling ngeri (sedih) Baca kisahnya dibawah :

Dunia semakin kejam kan ?

To be continue ........