Captured by Canon EOS 60D ~ Ho Chi Minh City ( Vietnam )
Monday, March 11, 2013
Tuesday, February 26, 2013
Visit Vietnam 2013 : Part 1
Assalammulaikum semua.
Kali ni nak share satu pengalaman percutian yang dirancang secara kebetulan. Percutian ke Tin Tin City @ Ho Chi Minh, Vietnam pada 21-24 Feb lepas.
Aku gi sana naik MAS. Plan asal kononnya nak jimat, so survey tiket kat AirAsia. Tapi bila buat perbandingan, lebih baik naik MAS sebab bezanya tak banyak. MAS tawarkan harga tiket RM630nett termasuk makan & AirAsia punya tiket lepas tambah itu ini yg tak penting, jadi RM660 TAK termasuk makan. Lagipun MAS punya seat lebih selesa.
Perjalan ke bandar Ho Chi Minh (HCM bandar terbesar di Vietnam) amik masa dalam 2 jam dan kat sana lewat satu jam berbanding waktu kat Malaysia.
Kat HCM korang leh jumpa banyak hotel, so if xde buat tempahan, just walk in pun confirm dapat bilik. Hotel yang aku pilih terletak kat area District 1, hotel Yellow House Saigon. Not bad la, baru je beroperasi dalam bulan November 2012. Masih baru dan bilik pun bersih.
Laluan masuk ke hotel. Terletak di kawasan perumahan.
Yellow House Saigon
Suite room. Ada mini kitchen yang cukup semuanya
1 Queen size bed + 1 Single bed
Bilik mandi yang sexy ^.^
Suite room guest juga dapat complimentary rokok 5 batang ^.^
Selain daripada Wifi free, komputer, mini gym,
YHS juga menyediakan kemudahan sewa basikal & motor.
To be continue ~
Tuesday, January 15, 2013
Buah Hati Saya ^.^
Comel tak? Ni la buah hati terbaru. Umur baru 22 hari.
Tak ada nama lagi sebab tak pasti jantina.
Ada cadangan tak ?
Tuesday, January 8, 2013
Put Your Price Tag
~ Jual mahal ada market value, tak apa.
Daripada jual murah tapi tak laku laku.
Pergi berdiri depan cermin. Tengok dan cari harga diri
~
~
Sunday, January 6, 2013
Back in Two Zero One Three
Alhamdulillah, lepas cuba banyak kali, akhirnya dapat gak aku ingat balik password untuk blog ni. Ini lah padahnya kalau letak password yang bombastik sangat. Bila dah lama tak update, ramai yang ingat blog ni macam dah tak wujud or sekadar blog hangat2 taik ayam.
Bukan macam tu, perasaan nak menulis blog ni masih tebal cuma lepas lupa password ritu, hati macam blur. Banyak benda nak update & kongsi tapi tak berkesempatan. Lagi pun sekarang aku dah jadi somebody kat tempat keja, position ke 5 dalam masa 6 tahun. So masa yang ada pun agak terhad, maklum la orang gila kerja memang macam ni.
By the way, still ada masa nak ucap SELAMAT TAHUN BARU untuk sesapa yang baca blog ni, kalau ada lah ( ada ke ? ^.^) Untuk tahun 2013 ni. Insyaallah, banyak cerita yang nak dikongsikan mungkin lebih banyak cerita pasal percutian atau mungkin juga banyak cerita pasal kehidupan yang kadang kala kita sendiri tak terfikir ianya akan berlaku.
Subscribe to:
Posts (Atom)