Friday, January 28, 2011

Kami Di Ceraikan


"Nombor yang anda dail tidak lengkap"

"Nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan"

What????? OMG ! Apa ni?

Dah 5 tahun aku dgn dia, alih2 dapat tau kami diceraikan sebab aku tak bayar nafkah...banyak tu kenangan aku dengan dia. Banyak nombor skandal2 aku dia simpan dan banyak skandal2 aku simpan dia.

"kalau saya bayar abis ...xdapat balik ke? "

"tak boleh lah encik..."

"ala...xkan xboleh tolong... ='(

So petang ni berakhir la sudah hubungan kami. Diceraikan tanpa rela.

Tarik nafas.......!! Fuhhhhh.....

Actually dia yang dimaksudkan tu nombor telepon aku. Dah 5 tahun ++ aku guna, but disebabkan kecuaian sendri + ketamakkan pihak MAXIS nak kaut untung akhirnya nombor aku yg agak cantik tu dah dilupuskan. Memang dah tak dapat nak diselamatkan lagi katanya. Bayar la macam mana sekalipun. Sedih woo...ada sorang apek kedai handphone pernah ofer aku RM200 untuk nombor tu. Tak la cantik mana pun sebenarnya tapi senang nak ingat.

So kepada sapa2 yang ada nombor 0 1 7 6 3 5 6 6 3 5, sila padamkan daripada list korang ya. Aku dah tak pakai lagi nombor tu. Sekarang ni cuma guna num DIGI je.

HARAP MAKLUM

Thursday, January 27, 2011

Currently....I'm Sick

Pertama kali dalam sejarah idup, aku kena food poisoning.

Adoiii...seksa gak rasanya. Gara2 makan kerang xmasak. I'm not stupid la kan makan kerang mentah2 cam gitu aja. Tapi natang tu ramuan wajib dalam Char Kuey Teow, so xde kerang xla sedap sangat kan. Ntah macam mana, dah tau kerang tu xmasak betul, aku g makan gak (maksudnya : char kue tiaw tu memang betul2 sedap huhu )


Demam dah, sakit prot dah, pening dah, loya2 pun sudah. Dah masuk 2 hari ni..belum 100% recover.. :(

Monday, January 24, 2011

Alhamdulillah...REZEKI DUNIA

Tarik nafas........!!! Fuh legaaaaa...!

Syoknya rasa (joget2 skit), after 4 month (patutnya 3 month je tp HRD "tipu") dapat gak aku punya surat confirmation...permulaan yang cukup baik untuk 2011.

4 tahun dlm hotel industri...2x dah naik pangkat.
Alhamdulillah, walaupun aku pendiam tapi diam2 berisi.

Next position mcm dah nampak green light, cuma kena kuatkan lagi semangat.
Insya'allah hujung tahun kot :)

Saturday, January 22, 2011

Si Kecil Yang Bernilai

Aku pengumpul setem dan aku OK !
(mcm ayat kontroversi bodoh kat youtube tu kan?)


Since darjah 1 lagi aku dah minat kumpul setem, sampai la niiiii....hobi terbesar dan paling menarik di dunia. So siang tadi aku g Muzium Negara, sebab kat sana sedang berlangsung pameran setem sampai bulan March nanti.


Korang tahu tak ?


1. Perkhidmatan pos diwujudkan di Tanah Melayu pada awal 1800-an.

2. Setem diperkenalkan pada tahun 1840 oleh Sir Rowland Hill dari Britain.

3. Setem pertama untuk Negeri2 Selat diterbitkan pada 1 Disember 1867

4. King George V, Presiden Roosevelt(Amerika), Raja Farook(Mesir), Ratu Elizabeth II, Putera Rainier(Monaco) dan Aqmal Arista(Malaysia) adalah pengumpul setem :)

Dengan bayaran RM3 (apa la sangat kan ) korang boleh kenali dan tau sejarah pasal setem samada dari negara kita atau negara luar dari dulu sampai sekarang.


Setem lama dari Vietnam

Asal usul setem di Filipina





Upin & Ipin pun ada setem sendri.

Beribu-ribu lemon !!! I LIKE !!


Aku abiskan 1 jam duk usha satu persatu, rasa cam nak amik bawak balik je

Aku ada 30 keping setem ni dalam simpanan :)

Alat penimbang bungkusan zaman dulu.

Alat penimbang surat. Zaman dulu surat diorg timbang dulu, then baru kita bayar harga setem ikut berat.

Ni koleksi terbaru yang dilancarkan pada 18 Januari 2011

Peringkat pertama sebelum setem dihasilkan, gambar dilukis terlebih dahulu.

Inilah hasilnya

p/s : Tolong jangan pandang rendah hobi mengumpul setem sebab hobi ni boleh bawa pulangan yang lumayan kepada penggemarnya

Setem temahal kat Malaysia : Nilai terakhir RM 100 00.00

Setem TERMAHAL DI DUNIA : Nilai terakhir USD 2.3 million (1996)
bersamaan RM 5 JUTA ++ !!

Sunday, January 16, 2011

Aku Bukan Accapan !! (Aku Bukan Artis laaa)

Again ah? haiyooo...tiba2 rasa cam Accapan ( klu cakap Aaron Aziz korg kata berangan plak huhu), bila dapat tau ada org guna pic aku buat profile baru kat FB...

Dato Aki x= Aqmal Arista ok!

Ingatkan dah xde lagi kes camni, tapi still gak berlaku. Dulu kat chat@15 Astro, pastu kat Tagged,skang kat FB plak.

"meeting dgn pengarah" ?? bila masa aku ada pengarah??

Dato Aki? sape kau? pekejadahnya nak guna pic aku? Rupanya fake profile ni dah wujud since awal tahun 2010 lagi dan still aktif sampai sekarang. Aku je xtau :( Kalau kutip royalti sure dah dapat beli SLR baru ( berangan jap)

Uhh...kena kutip royalti neh! Sib baik xde gambo bugil...

Tarik nafas!!! fuuhhhh...ok,relax..


Report dah dibuat. Tunggu aja apa admin FB leh buat....

So guys, hati2 ya...kalau ada org cakap org guna pic korang, cepat2 la bertindak. Bcoz kat FB tu macam2 org blh buat.

Friday, January 14, 2011

KHURAFAT


Baru je balik tgk movie, cita pe? Owh...cita melayu, KHURAFAT. Korang dah tengok? Mesti ramai yang belum kan coz filem ni baru je start semalam. Apa maksud khurafat? baca ni :

Khurafat adalah salah satu bentuk penyelewengan dalam aqidah Islam. Amalan khurafat mengalih pergantungan manusia daripada Khalik (pencipta/Allah) kepada makhluk (yang dicipta). Di dalam Al-Quran terdapat beberapa ayat yang menyeru kepada pergantungan kepada Allah dan menolak kepercayaan terhadap yang selainnya bagi mendapat kebaikan daan menolak keburukan. Yang memberi segala kenikmatan dan keyakinan hanya Allah.

Erm, not so bad la tapi xla bagus sangat. Bukan tak menyokong cuma ada banyak part yang penonton boleh jangka sebab biasala filem kita kan kena ikut garis panduan LPFM. So ada part yang dah biasa sangat kuar dalam filem seram, antaranya :
  • lampu padam tiba2
  • ngah drive tiba2 nampak hantu, pastu eksiden
  • bila pandang depan, hantu datang dari belakang ataupun sebaliknya
  • kena peluk ngan hantu / kena sergah hantu...demm!!! rupanya mimpi


Owh! semuanya penonton boleh jangka :) Pape pun kita tonton sebagai hiburan & tanda sokongan terhadap filem tempatan.

Kalau filem luar yg lagi merepek korang boleh berduyun duyun g tengok, kenapa tidak filem tempatan kan.


Kerenah Orang Luar


Ni ada sedikit info nak share ngan korang.
Tentang tabiat masyarakat dunia yang aku nampak bila diorg stay kat hotel.

1.Kaki Putar Alam.

- Golongan ni selalunya datang dari India & Bangladesh.Dengan cara bercakap yang berpusing2, diorg selalunya akan buat aku pening. Bila kita kata A diorg akan pusing sampai Z.Macam2 soalan yang tak berkaitan akan keluar sedangkan nak stay semalam je pun.Bab bau jangan cakaplah, masuk pintu lobi dah bau sampai kaunter.

2.Kaki Kedekut

Golongan ni selalunya datang dari Australia & Singapura.Perghhhh....berkira bagai nak gila. Tapi Australian memang champion! Sometime bil RM1 pun nak dipertikaikan. Baru RM1 je pun sedangkan kalau convert AUD or SD baru brape posen.

3.Kaki Komplen

Golongan ni pun datangnya dari Australia & Singapura. Tapi kali ni Singaporean champion! Bab2 komplen memang nombor satu. Pantang ada silap sikit, habis satu dunia dia nak kecoh. Jumpa sekor semut atas katil nak mintak tukar bilik. Aircond tak sejuk nak mintak upgrade bilik. Asal ada sikit benda tak betul,nak mintak diskaun sini sana.

4.Kaki Menyakitkan Hati.

Golongan ni kebanyakkannya Pak Arab yang datang nun jauh dari seluruh pelusuk Timur Tengah. Mashaallah! Banyak bikin susah. Nak duduk hotel macam nak beli ikan kat pasar. Biasanya diorang akan mintak survey bilik dulu, then naik buat tour dulu, kalau puas hati baru nak stay. Paling best ada yang sanggup merayu mintak diskaun lagi kononnya hotel tu bapak aku punya.Bab berlagak jangan cakap la, " I have money...so I can pay! " hah...yg tu ayat yang diorg slalu guna.

5.Kaki Hentam Keromo

Golongan ni paling best, selalunya datang dari Jepun & China. Bab komunikasi memang fail. Sebab diorg ingat bahasa diorg bahasa dunia, semua org leh faham.Bila bercakap or request something dibantainya bahasa ibunda diorg. Minta kredit kad dibaginya sim kad, mintak pasport dibaginya I-pod. Gadget nak hebat2 tapi english malas nak belajar...adoiii la.Aku pun xfaham, kebanyakkannya bisnesman yang berjaya dan bisnes satu dunia tapi English fail.

Ada satu lagi kategori yang aku xboleh sebut sebab nak menjaga hati serumpun (korang faham2 je la) Yang ni pun tak kurang hebatnya juga tapi aku maafkan je la sebab dah memang azalinya diorg macam tu.


** Actually seronok bila kerja hotel. Sebab tiap-tiap hari macam2 jenis org kita jumpa dan kita kenal.
Sedikit sebanyak aku dapat kaji tabiat masyarakat dunia, dan dari situ aku sedar yang sebenarnya masyarakat Malaysia jauh lebih baik, cuma kita je yang kadang kala perasan bagus.

Thursday, January 13, 2011

Semangat 2011

Hidup ni kena kuat,

Baru diri rasa hebat,

Walaupun banyak dugaan,

Kita terima sebagai cabaran

Makin lama kita berjalan,

Semakin mudah untuk berlari.

Makin lama kita bertahan,

Semakin mudah untuk selari