Friday, December 24, 2010

Selepas 13 Tahun

Yeaaay !!


Ahad ni nak g jalan....lokasinya? Nun jauuuuuuuuuuh di utara tanah air kita, PERLIS INDERA KAYANGAN. Last aku sampai 13 tahun lepas..perghh..lama tu padahal dalam Malaysia je pun.

Tujuannya nak ngantor adik g sambung study kat UITM Arau.

Tapi nak amik kesempatan nak merayap gak nanti....lokasi wajib semestinya Gua Kelam & Padang Besar...ala Perlis tu kecik je..satu hari leh pusing kot...nak amik pic banyak2 :)


Tuesday, December 14, 2010

Kisah Kita

This is a story about love

Cinta sepasang kucing..yang berlatarkan senikata lagu Ku Ada Kamu


Sepasang kucing yang saling menyayangi. Mereka duduk belayar bersama. Sentiasa bertentang mata, merenung di antara satu sama lain. Menghargai setiap pengorbanan yang dilakukan masing-masing.


Perlayaran mereka hanya berbekalkan sebatang joran. Joran yang merupakan simbolik kepada setiap pengorbanan yang mereka lakukan demi untuk menjaga dan memberi keselesaan kepada pasangannya. Berkongsi pendapat..berkongsi kasih..dan berkongsi segalanya.


Tak kira lah setinggi mana pun ombak dan badai melanda, setenang mana pun bayu dilaut, mereka tetap kekal bersama.

So the love remains strong despite the ups and downs of life....

Friday, December 10, 2010

Muzium Layang - Layang


Siapa pernah main layang2? Ingat lagi tak macam mana nak main?

Seronokkan...dulu masa zaman kanak2 riang aku main gak. Ala layang2 yang plastik tu, awal tahun 90an, masa tu 50 sen je dah dapat satu. Paling seronok sebab ada macam2 gambo superhero kat atas layang2 tu. Then nak bagi terbang tinggi ikat kat beskal pastu kayuh laju2..alangkah syoknya zaman kanak2 kan :)

Tak sangka rupanya layang2 pun ada muzium sendri. Baru2 ni aku dapat peluang g melawat. Lokasinya nun jauh di Pasir Gudang.

Nak masuk tempat org kena lap kaki dulu

Dah masuk tempat org, kena la amik gambo kenangan plak ;p

" Tuan rumah " menyambut dengan penuh ceria

Di tepung tawar plak ngan penari dari India

Di iringi hulubalang istana

OMG !!! Ada pergaduhan laki bini... ;p

Pergaduhan Laki Bini Siri 2 - huhuhu

No wonder la...laki dia ada pompuan lain...ahaks!

Terbaik!! Nape zaman kecik2 dulu xde camni? :(

Xde semua ni xkan jadi kot lelayang

Leh buat bungkus tempe...

Xtau la benda ni leh terbang ke tak

Owh! Dah sama taraf cam Queen Elizabeth sebab Lelayang dah ada stamp sendri, artis no 1 negara pun belum pernah ada stamp sendri :P

Cuba menerbangkan "kukubird" beliau ?? hahaha...

Walaupun muzium tu tak sebesar mid valley, tapi aku puas hati sebab dapat jejakkan kaki dan tau serba sedikit sejarah layang2 :)