Friday, July 16, 2010

Naik Minyak

Hari ni minyak naik lagi...5sen je pun!!

Tapi sana sini org dok kecoh...haiyoo! ntah apa2 la, aku pun tak faham. Pastu mula la nak kutuk2 kerajaan itu ini. Bila kerajaan turunkan harga, cakap TERIMA KASIH pun tak.

Besar sangat ke effect kat diorg? Selalunya bila nampak 5sen atas jalan, ramai yang buat tak kisah, malu kononnya nak kutip masuk poket sendri.

Selalunya bila shopping barang ada baki 5sen, kebanyakkannya xnak amik..pemurah kononnya. Tapi bila minyak naik 5sen, ramai yang melenting cam rugi 5juta plak. Skang baru tau kan, walaupun cuma 5sen tapi nilainya sangat tinggi. Kalau xde 5sen, xkan cukup 10sen kan :)

So, kalau rasa nak berjimat tu, kurang2 kan la guna keta or motor...ni tak, nak g kedai cik kiah blakang umah pun nak naik motor..jalan kaki kan boleh, at least dapat kurangkan lemak2 korang :)

p/s : dah lama tak naik beskal.. ;p




Thursday, July 8, 2010

A.Z.A.M

Assalammualaikum....

Hai.... !!!

Actually xtau nak update apa kali ni.
Erm..memandangkan dah masuk bulan 7, so nak cerita pasal azam la.

1st Azam :
Nak beli keta tahun 2010, alhamdulillah..dah pun tertunai.

Azam ke-2:
Nak beli DSLR...pun dah tertunai awal bulan ritu...dari tahun lepas aku aim, baru dapat beli tahun ni..mcm xsabar je nak tunjuk bakat terpendam...huhu..ada ke? ada la skit2 :)

Azam ke-3 :Nak beli handphone baru. Tapi tak tersangka la plak terbeli Blackberry. Sejak jadi pengguna Blackberry ni, agak malas rasanya nak on latop. Dengan Blackberry semuanya dihujung jari..xcaya pi beli :) so nak main YM ke..fesbuk ke..even nak baca blog pun aku guna "bery-bery" je.

Azam ke-4 :
Sepasang kasut BONIA untuk kaki yang cantik..hehe
Suka design kat tepi kasut tu..and of coz one of my fav kaler...coklat :)

So?? Korang punya azam camne? Dah tercapai ke? hehe...xpe,ada masa lagi 5bulan sebelum masuk 2011..

p/s : angan-angan kadang kala boleh menjadi kenyataan

Tuesday, July 6, 2010

NGERI !!

Ya ALLAH...apa tu???!!!

Tu ayat yang terkeluar daripada mulut aku bila nampak kereta terbang depan mata.

Dalam perjalanan nak ke Kota Damansara semalam, ada satu eksiden. Rasanya korang semua dah tau sebab ada keluar Buletin Utama, pastu hari ni ada keluar dalam akhbar harian.

Sorang lelaki melayu terbunuh selepas kereta terbabas dan menjunam jatuh bawah highway kat Sungai Buloh.

Seriously memang betul2 depan mata, aku nampak 3 benda jatuh,1st..cermin depan kereta, driver kreta pastu kreta tu.

Paling mengerikan bila kepala mangsa p***h..dan perut terb***i , meremang bulu roma tengok keadaan mangsa masa tu...dan malam tadi aku tak dapat tido lena sebab aku yang tolong tutup badan mangsa dengan kertas surat khabar...

Dari atas...

Berkecai di bawah....

Gamba mangsa xdapat nak letak kat sini sebagai tanda menghormati beliau kerana keadaan beliau yang agak teruk...sure korang pun tak sanggup nak tengok !!!

Al-Fatihah

p/s : kelajuan boleh membunuh! ( insaf jap )