Sunday, June 27, 2010

Mereka SANGAT comel !!!!

Pet World Malaysia 2010
3rd Malaysian International Pets Exhibition
25-27 June @ Mid Valley

Assalammualaikum!!

Hari ni aku excited sangat, sebab dapat g event kat atas tu...korang pun tau nape kan :)

Sejak bela Didi, minat kat kucing makin membuak2..

Ni antara kekucing yg ada kat exhibition tu...

caya tak umur dia baru 6 bulan..baka USA

Sphynx cat

Si gemok ni dah macam alas kaki rupa dia

Flat face

Si cantik manis :)

Si Malas

Comel macam Pandora

Nama dia Boy ~ sangat sporting !

Si Kacak !


Comel kan mereka :)
Ekceli banyak lg pic, tp kang panjang plak entri ni klu nak upload semua.

p/s : SILA SAYANGI KUCING

Saturday, June 26, 2010

" mak buyong "

Aku rindu kat Pandora laaa!!!

Pandora ada kat JB.
Erm...dah dekat sebulan tak jumpa dia.

Tadi "mak angkat" dia mms gambo, terubat gak rindu.

"mak buyong"

Bakal bapa....

Perut Pandora makin besau...
Dalam tu ada anak Didi Arista..mesti "meriah" kat dalam.
Tak sabar nak tunggu dia branak, sure cantik dan comel cam mak bapak nya...

Thursday, June 24, 2010

Percubaan Pertama

Testing...Testing.....

Inchik Toby Lv

Nur Adlina Umairah

Ready.......

1...2...3....

Senyum.....Chakkkkk!!!

Hehehe...comel kan beliau :)

Wednesday, June 9, 2010

Hakikatnya...kita kan sama.

Bila berkata tentang sempurna tiada yang "perfect"

Jelas dimata semuanya sama tapi seringkali menafikan realiti.
Apa yang berlaku sering dilakukan antara sedar atau pun tidak.

Yang tak suka ditipu juga menipu
Yang tak suka si hipokrit juga hipokrit
Yang tak suka dibuli juga membuli
Yang tak suka diumpat juga mengumpat
Yang tak suka dipukul juga memukul
Yang tak suka dihina juga menghina
Yang tak suka dibenci juga membenci
Yang tak suka dikecewakan juga mengecewakan
Yang tak suka dipemainkan juga mempermainkan
Yang tak suka dicaci juga mencaci
Yang tak suka ditiru juga meniru
Yang tak suka diganggu juga mengganggu
Yang tak suka digoda juga menggoda
Yang tak suka si ego juga ego

Kita semua sama rupanya.
Orang buat kita pun boleh buat.

Same script..different cast...

Tuesday, June 1, 2010

Sometimes

Kadang kala,

Kita cakap apa yang kita rasa
Kita pandang apa yang kita nak
Kita dengar apa yang kita mahu
Kita pegang apa yang kita nampak

Tapi kadang kala kita lupa

Tak semua yang kita rasa tu sedap
Tak semua yang kita pandang tu indah
Tak semua yang kita dengar tu merdu
Tak semua yang kita pegang tu nyata

Dan kadang kala kita sedar, semuanya dah terlambat.

Yang dirasa tak boleh diludah
Yang dipandang tak boleh ditoleh
Yang didengar tak boleh di elak
Yang dipegang tak boleh dicampak