Saturday, March 27, 2010

t.e.r - BAIK


Bila Kita Rasa
Kita Dah Miliki Yang Terbaik,
Kadang-Kadang Kita Lupa
Yang Kita Masih Punya
Banyak Pilihan
Yang Lebih Baik

Monday, March 22, 2010

Ulang Tahun D.I.A


Warna Sutera Tak Mudah Pudar,
Sayangnya Koyak Terhiris Kaca,
Genap Setahun Waktu Beredar,
Terima Kasih Pada Yang Membaca.

Sedar tak sedar, rini genap setahun aku ber'blog'ing.
Macam-macam cerita dah disampaikan.
Macam-macam emosi dah dikongsi.

Jumlah pelawat dalam tempoh setahun

Insya'allah, selagi RAJIN tak dikikis MALAS, selagi tu blog ni akan wujud dalam dunia blog.

Ku Ingin Terbang !!

Assalammualaikum.

Fakta bukan auta :
  • 12 jam duk menunggu dengan penuh kesabaran
  • 8 kali keluar masuk toilet
  • hampir pengsan sebab skip lunch & dinner
  • 12 kali duk bertukar tempat duduk
Akhirnya !!

Alhamdulillah, dalam 600++ org yang datang interview semalam, aku salah sorg yang terpilih untuk g final esok. Macam tak caya je aku lulus ketiga-tiga stage. Sebagaimana yang korg tau, ni kali ke2 aku try nasib. Sebelum ni tak berjaya kat stage 3 (group discussion) tapi semalam semuanya berjalan lancar. Orang cakap jangan mudah putus asa, dan sekarang aku percaya apa yang org cakap. Gagal skali xbermakna gagal selamanya kan :)

"tiket" ke final

Insya'allah, lepas final interview esok, aku akan bergelar Pramugara MAS dan destinasi seterusnya, mengubah kepada kehidupan yang lebih baik. AMIN

Wish me luck ya !!

Thursday, March 18, 2010

Bila Encik Mokhtar Meramal...

Hari ni last training, maksudnya sok aku start keja cam biasa. Rindu plak nak dengar bunyi telipon berdering-dering. Kesimpulan daripada training 2 hari ni, aku rasa cam lebih bersemangat nak keja n jadi somebody.

Kami yang terpilih..

Sebelum balik tadi, Encik Mohktar Said slaku penceramah dah wat ramalan berdasarkan tarikh lahir aku.

Katanya :

1. "Dalam umur 30an, U akan jadi somebody yang digilai ramai wanita. Tapi, ramai wanita yang akan U kecewakan" - Digilai?? Jadi artis kah? hahahah. Fuh! masin la mulut ko Encik Mokhtar..hahaha

2. "U tak sesuai dgn keja skarang. Kena keluar daripada kepompong, baru orang akan nampak keistimewaan U..." - Betul gak cakap beliau, 3 tahun dah pun aku dok terperap dalam opis, maybe aku patut kerja kat reception kot..dok tayang2 muka skit..huhu

3. "Ekonomi U tak brape stabil skarang ni. Kena usaha lebih lagi dan U akan jadi somebody" - Bab yang ni betul la kot. Duit mengalir cam air skang ni. Aku kena buat something !!

4. "Kalau bercinta, jangan bagi 100% komitmen. Biar pasangan U yang bagi 100%, U just bagi 50% - 70% komitmen je " - Erm..no komen..mungkin akan dipraktikan 1 hari nanti.

Mampu kah aku menjadi SOMEBODY ??

Pape pun tu cuma ramalan beliau jek, aku cuma nak berkongsi cerita. Betul ke tak xtau la. Tapi kalau betul apa salahnya..ahaks! ;p

Wednesday, March 17, 2010

Masa Itu Emas

Assalammualaikum.

Nak cerita sikit pasal kerja. Memandangkan aku ni antara org penting kat opis, so rini aku kena gi training. Training pasal TIME MANAGEMENT & SCHEDULING. Lebih kurang pasal pengurusan masa la ni. Bak kata Donald Trump "Time Is Money".

Menarik gak apa yang aku belajar rini. Sedikit sebanyak aku tau camne nak jadi sorang pekerja yang bijak membahagikan masa kat tempat kerja. Then daripada pengurusan masa yang bijak tu, aku leh jadi sorang ketua or supervisor yang bagus ! (target 2010)

Start ari ni, aku akan cuba praktikan apa yang dah diajar. Tak susah pun nak berjaya rupanya, asalkan kita bijak bahagi masa dan cuba jadikan masa yang kita ada tu sebagai masa yang berkualiti bukan saja di tempat kerja, malah di luar waktu keja.

Insya'allah..

AQMAL BOLEH !!!!

Thursday, March 4, 2010

Petua Di Senangi


" Remain Soft Spoken And Forgiving,


Even When Reason Is On Your Side "

Wednesday, March 3, 2010

Happy Birthday To Me - Part 2

Entry kali ni nak share ngan korang hadiah birthday yang aku dapat for diz year. Alhamdulillah, rezeki murah tahun ni..hehe...pada yang memberi tu
TERIMA KASIH banyak2..semoga korang dimurahkan rezeki..so next year bagi lagi..ahaks!

Bertambah lagi koleksi perfume aku...

Ni dak2 opis bagi...

Thanks WMM

Thanks AR & AMyang ni paling eksklusif, di pos terus ke rumah beserta $100..huhu

Dan...ada lagi beberapa bungkusan yang akan bertukar tangan..

Sesungguhnya rezeki aku agak murah kali ni :)

Tuesday, March 2, 2010

Happy Birthday To Me - Part 1

Assalammulaikum


Alhamdulillah...

Pejam celik, rini aku dah masuk umur 26 tahun. Jap sungguh masa berlalu yup...
Macam-macam dugaan idup dah aku lalui..pahit manis masam masin semuanya aku berjaya telan idup2..hehe..

Harap-harap di usia 26 ni semuanya berjalan lancar mengikut perancangan.

" Ya Allah ya tuhanku, sesungguhnya aku sebagai hamba mu bersyukur dan berterima kasih kerana telah diberikan peluang untuk terus menikmati dan menyusuri perjalanan hidup di dunia ini. Semoga Engkau memberikan aku kesempatan untuk terus menjalani kehidupan yang lebih baik, yang lebih bermakna, yang lebih berjaya dan lebih diberkati..."

"Dan aku memohon padamu ya Allah, agar aku dikurniakan kesihatan yang baik. Jadikan lah aku sebagai seorang anak yang mentaati ibu bapa, seorang sahabat yang disayangi, seorang pekerja yang dihormati dan juga seorang hamba yang sentiasa bersyukur dan mengingati kebesaran mu ya Allah "

AMIN !!!