Monday, February 22, 2010

D. I.N.G.I.N


"
Ku lerai segala yang terkusut..
Ku simpul agar menjadi rapi..

Demi menjaga hati mu..
Ku rela mengalah selalu.."

Entah la...

Aku buat camni ko nak camtu..
Aku buat camtu ko nak camni..
Bukan ke camtu dan camni tak banyak beza?

Amik tau salah
Tak amik tau buat rasa bersalah...

Pelik kan...
Kadang-kadang macam Rumi & Juli
Kadang-kadang macam Tom & Jerry


" Andainya aku yang bersalah,
Akan ku menyesali kasih...

Jika benar salah mu,
Bersyukurlah aku...kasih.. "

p/s : kepada yang membaca..sory entry kali ni agak jiwang skit..kepada yang terasa fikir-fikirkan la..

Wednesday, February 17, 2010

Mereka KEJAM !

Disebabkan kecuaian dan kesengalan mamat polis ngan driver bas
(SE SUPER - aku boikot bas ko seumur idup! ) keta aku dah calar !! Wah! Kejam kan korang...aku punya la jaga leklok keta tu, xpepasal je jadi mangsa keadaan...

Alkesahnya begini :

Lokasi : Jalan Hang Tuah - Depan Masjid Al-Bukhary
Masa : 10:45 pagi - 15 minit sebelum aku masuk keja
Orang Jahat 1 : Driver bas SE SUPER yang sengal
Orang Jahat 2 : 2 org polis yang cuai
Mangsa keadaan : Myvi aku
Saksi : Orang ramai yang suka menyibuk

Tak tau la kan ntah camne tetiba pintu driver bas tu leh terbuka secara tiba-tiba. So polis 2 org ni tak sempat nak elak or cuba nak elak tapi terbabas gi langgar keta blakang aku pastu tanpa segan silu gi gesel plak body keta aku. Aiyak!!! Abis calar pintu blakang blah kiri pastu ada kemek skit..B**I ko !! (sumpah seranah dihalalkan kerana terlalu marah)

Bila aku kuar keta, tengok mamat2 polis tu dah terbongkang belakang keta seolah2 melekat atas jalan xleh bergerak...ada la tu part2 rapuh yang patah, samada betul2 atau sengaja nak cari publisiti murahan xtau la..

Erm...tak pepasal rekod baik aku dah tercemar coz terpaksa amik emergency leave. Buat report semua, kul 3ptg baru abis. Balik umah aku try sapu wax skit, sib baik ada part yg boleh hilang, so xde la ketara sangat cuma kemek tu xleh nak cover....

sob...sob... ;'(

Tuesday, February 16, 2010

Kata Hati...


"Macam pungguk rindukan si bulan"


Kenapa ya? Kenapa mesti bulan yang terpilih sedangkan banyak lg benda yang boleh buat
si pungguk jatuh hati.

Mungkin sebab nak menyokong pepatah
" dont judge a book by its cover "


Mungkin permukaan bulan tak rata tapi si pungguk nampak something pada bulan...
dari dulu sampai sekarang pungguk setia pada bulan..

"Awak setia tak?"

Bibir awak cakap ya tapi hati saya tau...
"Kata hati tak pernah menipu kan?"

Tapi kenapa awak mesti jadi macam bulan? Dan kenapa mesti saya yang jadi pungguk sedangkan saya sendiri tak berapa pasti macam mana rupa si pungguk ?

Tak apa la, kalau dah tertulis macam tu...

Saya tak punya pemadam ajaib nak ubah semuanya..
Cuma saya harap, awak jadi bulan yang punya cahaya sekuat matahari..

Monday, February 15, 2010

Lelaki Serigala....

Semalam bosan2, aku g tgk movie. Crita yg dah lama aku tgu..WOLFMAN

Ok gak la, jalan cerita menarik, teknik pengambaran pun cantik & tak membosankan walaupun kebanyakkan pelakonnya tua2.


Tranformasi si hodoh kepada yang lebih hodoh
Sekali pandang cam gorila pun ada...
Banyak gak part2 yang suspen & seremmm..! Part bunuh membunuh pun nampak real, perut terburai sini sana, kepala..kaki..tangan putus..perghh!! Macam real..hehe..xsabar nak tunggu DVD keluar plak.

Wednesday, February 10, 2010

Lama sungguh...

Assalammualaikum...

Hyep! ;p

Lama betul tak update blog. Thanks pada yang bertanya & sorry pada yang menunggu.

Actually banyak benda berlaku sebelum ni, tapi memandangkan latop buatan Malaysia (pilihan bijak) aku ni wat hal skit...so xdapat la nak update semuanya.

Jap je dah masuk bulan Feb ya....laju bebenor masa bergerak,
Tapi Alhamdulillah, bulan Januari lepas satu permulaan yang baik untuk 2010 dan aku sangat suka dengan apa yang berlaku. Harap2 bulan Mac ( my birthday is coming!!) April, Mei sampai la Disember nanti semuanya baik2 belaka.

Amin !!!