Thursday, January 7, 2010

yang patut KAU"org" tau..

Dalam tempoh masa setahun :
  • purata aku send sms sebulan 1500++
  • aku abiskan rm300-rm400 utk bil telipon
  • aku lebih pentingkan org lain daripada diri sendri
  • aku lebih amik berat pasal org lain berbanding diri sendri
  • aku lebih sanggup berkorban utk org lain dpd family sendri
  • aku lebih banyak abiskan masa fikir pasal org lain dpd fikir pasal diri sendiri
  • aku lebih banyak dengar lagu sedih dpd lagu happy2
  • emosi aku lebih banyak terganggu
  • aku lebih menghargai dpd dihargai
Bukan nak mengungkit cuma nak ingat kan diri sendri. Bukan nak minta 'award' cuma nak rasa dihargai. Yang seterusnya biarlah mcm tu aja. Skrip dah tertulis..aku cuma ikut aja.

p/s : entry ni lahir dari ati, kadang2 kita tak sedar apa yang kita buat..walaupun yang kita buat tu tak tercapai dek akal.

Tuesday, January 5, 2010

2010

Assalammualaikum.
Eh!! dah 5 Jan 2010 rupanya..wooo..cepat tul masa berlalu...rasa macam baru je semalam aku terkesima tengok percikan bunga api kat KLCC..
Ish..ish...makin lama makin tua rasanya...tak lama lagi nak masuk umur 26 dah...hahahah..26?? cam tak caya je.
Tapi 2009 memang aku xleh lupa. Banyak tul kenangan pahit manis. Harap2 tahun ni yang manis tu tetap manis, yang pahit tu biarlah berlalu dibawa arus peredaran masa.
Azam 2010 ?
Hehehe..so far azam aku tak pernah tersimpang jauh. Walaupun tak tercapai 100% tp aku tetap nak tanam azam baru. Azam 2009 nak beli keta dah tertunai. Azam 2010 plak macam2 dalam kepala, tapi aku tau limit aku smpi mana, so xnak buang masa berangan yang bukan2. Insya'allah, kalau ada rezeki, nak beli kamera SLR :) (amin!!!) Then nak try cari kerja lain, "kerja yang ada kerja nak buat", tak macam sekarang ni, banyak makan gaji buta..huhu
Apa2 pun, wait & see..insya'allah..kalau kita ikhlas, semuanya akan dipermudahkan.
p/s : tak leh nak update blog slalu, latop rosak..broadband pun xbayor lagi..