Hai korang ! Miss me? Sure kan..ada yg sibuk duk tanya bila nak update blog. Ni..ngah update la ni. Baca la pepuas ya.
Actually mcm xde cerita nak share ngan korang sebab tu aku tak update. Tapi rini ada something yang aku nak share ngan korang. Pasal interview ngan MAS. Macam best je bunyi kan..hehe..Memang best pun sebab aku berjaya memberanikan diri g interview tu setelah dipaksa oleh beberapa anasir baik yang nak tgk aku berkembang maju kehadapan. =)
Interviewnya sabtu lepas - Perghh!! Ramai gila umat manusia bergelar lelaki dan juga separuh lelaki yang datang nak interview jadi steward kat MAS tu..Lebih kurang 1200 ok ! Macam2 spesis ada, yg gemuk, kurus, tinggi, rendah, botak, ensem, hodoh, kacak, muka biasa2 termasuklah mat rempit. Kalau ada si gadis, sure berangan dan teruja nak memilih buat bakal laki..
Ada gaya cam steward tak? huhu
TETAPI..hah..ni nak share pengalaman, bukan senang nak jadi steward ok. Bayangkan aku dapat num giliran 1055 , gara2 member yang tak prepare nak dtg interview. Daripada kul 10.30pg sampai la ke pukul 7ptg, baru la sampai turn aku masuk bilik interview..dalam 20minit camtu dah selesai..diulangi 20minit..tapi nak menunggu dekat 9 jam ! Memang azab..tapi aku puas hati sebab berjaya g peringkat seterusnya. Lepas sesi interview, kitorng terpilih g next stage, check grooming..dan aku org terakhir yang keluar bilik grooming tu..Tak kisah la janji terpilih g next stage keesokan harinya iaitu hari ahad lepas.
Dalam reramai 1200 org tu tak ramai pun yg dapat g 3rd stage, ada la dalam 100 -200 org. So leh gak la aku berbangga jap. Tapi kat 3rd stage aku tak berjaya g final stage, sesi interview terakhir dgn org2 kuat MAS..Huhu..Kecewa tu tak la sangat sebab niat hati just nak teman member sambil menyahut cabaran kengkawan. Tapi xpe , walaupun tak terpilih, banyak benda aku belajar masa g interview tu. Salah satunya aku jadi lebih konfiden ngan diri sendri....Owh! Tak lupa juga bersyukur dengan kelebihan yg aku ada..
p/s : tak sabar nak try lagi !!!