Tuesday, September 29, 2009

OPEN"your" HOUSE


Pejam celik dah 10 hari rupanya kita sambut raya kan. So boleh la aku wish selamat hari raya ke10 !! Korang mesti suka kan sebab time2 macam ni la org sibuk duk buat open house, kalau Syawal tu sampai 2 bulan, confirm hari yang ke 60 tu pun ada lagi yang gigih wat open house. Rasa macam susah sangat nak lepaskan bulan Syawal ni sedangkan Ramadhan dulu xplak digunakan sebaik mungkin. Biasa la "orang kita"...

Aku punya open house bila?

Tak pernah buat pun, bukan sebab mak aku malas tp for me xperlu. Biarlah org datang rumah kita dengan niat nak menziarah, bukan sebab dijemput untuk makan. Ini tak, dijemput baru nak datang rumah beraya, itu pun kadang2 ada yg sibuk bertanya, masak apa? Kalau tak berkenan xnak datang. Xkan la tunggu dijemput baru nak datang menziarah, xkan la ada makan2 baru nak datang melawat..Biasa la "orang kita"...

Tapi ada gak yang open segala-galanya bila wat open house. Ingat lagi 1 kisah ni, kisah benar.

Si Sengal : Awak..nanti datang la umah kita, kita wat open house
AA : Bila ? Mesti ramai org, segan ah
Si Sengal : Ala..member2 kita je..pastu member2 housemate kita
AA : Uit ! Mesti sesak rumah tu nanti..segan ah ramai org, bukan kenal pun
Si Sengal : Xpe..awak datang je, kita lepak dalam bilik saya, leh manja2
AA : Lepak bilik??? Nak makan pe dalam bilik?
Si Sengal : Alaaa..awak ni..gatal la...
AA : ( Erk!! Aku gatal ke ko yang nak menggatal? )

Gendang gendut tali kecapi,
Kenyang perut suka hati.

Ya! Perut dah kenyang memang la hati pun riang, tapi beringat sikit
Ingat apa? Hah..pandai2 la korang fikir.

Thursday, September 24, 2009

Guling - Guling Raya



Walawei...!! Lama tul aku tak update blog ni kan..ni nak update la ni tapi skit je dulu. Bukan malas tapi tak sempat nak update. Raya sakan sana sini, bedal segala macam jenis rendang dan lemang , ketupat siput, ketupat bawang, ketupat masin semuanya ada..huhu..

Tu belum masuk kuih raya lagi, macam - macam jenis ada..meriahnya macam colour of ranggoli. Bila perut dah kenyang, mulut dah penat, mata dah berat, seluar dah ketat..so rasa macam nak guling-guling je kan.

Pape pun sabau ek...nanti ada masa aku update.

Tuesday, September 15, 2009

F.o K.u.S


Pernah tak dalam hidup, korang fokus pada sesuatu?
Fokus bukan sebarang fokus
Tapi fokus yang melampau-lampau
Kadang2 semua benda serba tak kena
Kadang2 rasa macam nak gila
Kadang2 rasa macam tak tenteram
24/7 duk fokus kat benda tu

Kalau ada..
Tahniah ! Sebab korang dah rasa apa yang aku rasa
Teruk kan rasanya?

Yang tak rasa mungkin tak faham
Yang dah rasa mungkin buat2 tak faham
Sebab kadang2 perit sungguh rasanya

Ya! Aku cuba
Cuba untuk alihkan tumpuan pada benda lain
Tapi macam mana kalau tak berjaya?
Tapi macam mana plak kalau berjaya?
Bukan apa..takut lain pulak jadinya..

Susahkan?
Tapi kalau itu yang terbaik
Susah ke senang..
Aku terpaksa cuba
Dan aku pasti
I WILL SURVIVE !!

Wednesday, September 9, 2009

Beg " Penyejuk Hati "

Lepas berbuka semalam hati tak tenang
Nak kata mak masak tak sedap..tak plak sebab 2x aku tambah nasi
Ada something yang buat aku rasa tak selesa

Rasa macam nak keluar
Rasa macam nak cari ketenangan jap
Rasa macam xnak fikir apa yang aku dok fikir

Then kol Z..member yang keja kat SR
( gambo beliau ada dlm entry bulan 4 )

" Z..ko keja tak? Aku nak ajak ko keluar..ntah la..aku rasa macam tak tenang skang ni...kita g IKEA jap "

Niat hati just nak pusing2 je
sesambil cuci mata kot2 ada barang yg aku leh tambah wat hias rumah.
Tapi lain yang aku dapat...

Ni hah..
Beg PADINI..beli kat IKANO..

Lama gak la cari beg camni, senang nak bawak g merantau memana..
Dah kawen sok leh gak guna isi pampers anak hehe

Sesungguhnya beg ni dah selamatkan emosi aku semalam...

dan berjaya mengurangkan nilai Ringgit Malaysia dalam wallet aku...huhu


Tuesday, September 8, 2009

Ke'CIL'wa


Alim ulama cakap SABAR TU SEPARUH DARIPADA IMAN
Walaupun IMAN aku tak sekuat mana
Sebagai insan yang 'kecil'
Aku kan tetap bersabar
Jadikan PENGALAMAN SEBAGAI PENGAJARAN
Sebab satu "permulaan yang baru" belum tentu sebaik yang pernah kita alami


Tuesday, September 1, 2009

1..2..3..4..5..11 ??

Uit ?? Dah 11 hari rupanya kita puasa..
Cepat tul masa berlalu kan..pejam celik nanti dah Deepavali...ahaks!
Kawan2,adik2,skandal2,abang2,gadis2 sibuk duk tanya
"BILA NAK BERBUKA SEKALI? " Dah rasa macam soalan SPM plak duk ulang2. Kalau soalan tu soalan SPM sure aku lulus ngan cemerlang sekali...
jawapan aku senang je
"INSYA'ALLAH, ADA MASA KITA BERBUKA SEKALI YA "
Betul tu..kalau masa mengizinkan, bukan setakat berbuka sekali, dua tiga empat kali pun xpe.

Bukan xnak..bukan jual mahal..bukan nak larikan diri tapi ntah, aku lebih suka berbuka kat umah je..Pada aku berbuka kat umah lagi best..
"main masak-masak" ngan mak, ajak adik2 hidangkan makanan..makan sama2..bukan senang kan nak dapat makan satu family. Sebab hari2 biasa, masing2 sibuk ngan hal sendiri, makan pun asing2 tak tentu masa. So bulan puasa ni la masanya nak eratkan hubungan kekeluargaan. Kalau nak makan ngan kawan2 tu..hari2 biasa pun boleh.

---------------------------------------------------------------------------------

Start hari ni aku dah mula mem'busy'kan diri. Ada misi penting menjelang Aidilfitri - MENGEMAS RUMAH ! huhu..nak cat umah, nak re'arrange laman yang "musnah" dek kerja pengubahsuaian bumbung, nak buat itu..nak buat ini. FUH! Macam bibik plak rasanya. Malangnya aku xde bibik, tapi xpe..biar penat janji puas hati dengan hasil titik peluh sendiri.

(Seminggu puasa aku rasa mcam makin kurus. Arghhh!! BENCI !!! )

Nak tengok hasilnya ?
Tungguuuuuuuuu !!