Sunday, August 30, 2009

"MERDEKA" kah KITA ?

Esok 31 Ogos 2009
Genap 52 tahun Malaysia merdeka

Alhamdulillah..sebagai anak selepas kemerdekaan, aku bersyukur sangat dengan pencapaian yang negara kita capai sekarang. Paling penting, Malaysia kekal sebagai negara yang aman damai dengan penduduk yang berbilang kaum dan agama. Bukan senang kan nak duduk dalam negara yang berbilang kaum ni.


Tapi korang faham ke apa tu erti kemerdekaan? Aku tak brani nak cakap pape sebab yang aku tau aku bersyukur jadi anak Malaysia. Tapi apa yang aku lihat, dengar dan rasa, tak ramai yang faham apa tu erti kemerdekaan. Korang? Ntah la...tepuk dada tanya selera.


SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN
YANG KE 52
UNTUK SEMUA RAKYAT MALAYSIA
YANG MEMBACA BLOG AQMAL ARISTA

Thursday, August 27, 2009

"Seloka" - Bila Puasa


Bila puasa
Orang sibuk nak berniaga
Tapi bukan semuanya ikhlas
Sedapnya tidak
Sibuk nak cari untung

Bila puasa
Orang sibuk g pasar ramadhan
Tapi yang di beli bukan semuanya makan
Banyak yang membazir
Sibuk nak tunjuk diri tu puasa

Bila puasa
Orang sibuk nak jaga badan
Tapi bila berbuka tak ingat dunia
Penuh semeja makanan
Sibuk nak diet tapi tak pandai

Bila puasa
Orang sibuk nak tambah pahala
Tapi ramai pura2 suci belaka
Bila dah raya
Sibuk tambah dosa balik

Bila puasa
Orang sibuk nak kemas rumah
Tapi kenapa time nak raya je?
Hari lain tak penting ke
Sibuk sampai malas nak mengemas

Bila puasa
Orang sibuk nak serba baru
Tapi tak kira budget yang ada
Lepas raya semuanya papa
Sibuk gali lubang tutup lubang

p/s : Entry ni saja suka-suka, sementara tunggu waktu berbuka. Cuma sekadar pesanan penaja.

Monday, August 24, 2009

Hey Ke'kawan !! Selamat Berpuasa



Assalammualaikum korang !!

Puasa tak? sorry ya dah beberapa hari tak update...ada tekanan emosi skit.
Banyak benda nak kena uruskan.

So entry kali ni just nak wish SELAMAT BERPUASA kat korang yang berpuasa, yang tak puasa tu cepat2 la insaf ya...mana la tau tak sempat nak sambut raya dah jatuh tergolek.

Untuk korang yang sms wish kat aku ritu, THANKS yup, ada yang sempat reply ada yang malas nak reply..sorry..hehe

Untuk korang yang ajak berbuka skali tu, INSYA'ALLAH..kalau sempat aku join. Aku bukan artis, tapi dah ada 8 'jemputan' nak berbuka skali, puasanya baru masuk 3 hari. Tapi okey je kot kalau korang belanja, tak rugi pun kan sebab aku makan skit je..ahaks!

Pastu bulan puasa ni aku busy skit, banyak kerja rumah nak buat sebab tahun ni baru aku leh sambut raya. 2 tahun sebelum ni sambut bodo2 je kat opis. Cuti pun berlambak, so boleh la aku cuti sakan..xsabarnya nak RIANG RIA RAYA

Thursday, August 20, 2009

JAWATAN KOSONG !!


Semalam pas penat kemas katil aku rasa cam malas nak balik. Jam dah pukul 6, korang tau je la jalan kat KL camne time2 camtu kan. So aku menapak g Times Square. Hajat hati nak cari something untuk someone. Pusing2 sampai pening tak gak jumpa benda yang berkenan. Last2 aku masuk Metrojaya. Belek itu ini, terbekenan plak ngan dua tiga helai baju. Yang aku nak crita kat sini bukan pasal kehenseman baju2 yang aku beli tu tapi pasal keadaan kat Metrojaya tu. Cuba korang bayangkan, aku nak beli satu baju amik masa dekat 15-20 minit, kalau 3 helai x20minit =1jam! Bukan sebab aku rambang mata nak pilih tapi sebab xde promoter yang boleh tolong aku cari baju kat situ.

1st baju
Kat department SODA , ada sorang minah jaga. Memula aku datang dia sibuk duk kira stok. Lepas dapat apa yang berkenan aku g try, keluar je fitting room dia dah hilang. Puas la aku duk cari kiri kanan atas bawah, xnampak gak batang idung dia. 15 minit cam tu dia datang.

Eh! Ingatkan awak dah balik tadi.
Tak la..saya g jalan2 jap.

Bijak sungguh jawapan beliau.

2nd baju
Kat department JEEP. Masa aku masuk area tu memang xde sorang pun promoter yang jaga. Dalam masa 15minit aku amik satu kemeja pastu g try. Then lalu sorang mamat promoter keluar daripada fitting room, muka macam baru bangun tdo. Uit!! Ko tdo dlm fitting room ke?
Aku keluar dia dah ada kat department Jeep. Aku mintak tolong dia cari size baju yang aku nak then aku masuk try lagi sekali. Bila aku keluar dia dah hilang. Wah! pantas sungguh pergerakan beliau. Yang aku nampak ada 2 org promoter department lain ngah duduk mengumpat bawah meja. Tunggu punya tunggu dekat 20 minit gak dia tak muncul2. Nak tak nak aku terpaksa amik baju display tu je sebab xde sorang pun yang boleh tolong aku amik baju yang baru.

Masa nak bayar, ada customer laki bini sound cashier.

Dik..staf korang semua dah balik ke?
Xde la kak..ada je.
Abis tu akak tak nampak promoter pun. Kat bahagian kasut xde sorang pun jaga. Ni kasut ni pun kitorang masuk stor cari sendiri. Teruk betul la.........

Dak cashier tu cuma mampu tersenyum.

Apa ni??? Kedai punya la besar bertingkat-tingkat tapi staf xde nak tolong customer. Kat department British India tu pun xde sorang pun promoter yang jaga. Takkan Metrojaya xmampu nak gajikan staf? Ntah la...pelik aku tengok. Staf ada macam xde, ada plak boleh main jalan2..main sembang2.

So sesapa yang xde keja, kena buang keja atau nak cari duit lebih untuk raya g la apply kat Metrojaya Times Square tu. Kot2 la kehadiran korang blh memeriahkan suasana. Pape pun pasni taubat aku nak masuk kedai tu lagi..BUANG MASA !!

Wednesday, August 19, 2009

Aktiviti Riang Ria Rabu

Hari ni buat kali ke 2 aku amik bahagian dalam aktiviti santai yang hotel buat, Pertandingan Mengemas Katil plak. 1st dulu aku join main boling, kali ni lawan kemas katil..so lepas ni xnak dah dgr org cakap aku ni katak bawah tempurung, tak reti nak bergaul dan beramah mesra secukup rasa. Puas hati korang? hahaha..pedulik pe aku kalau diorg tak kenal aku kat hotel tu..janji cukup 6..7..8 jam aku balik umah.


Actually malas nak join tapi si Sapik, sepupu aku yg wat praktikal kat hotel bersemangat waja nak masuk, so aku pun teman kan la dia. Seronok gak rasanya..ada 4 katil & 20 org peserta, so satu round 4 org je lawan. Cuma yang tak puas hati cara juri bagi markah..ntah apa2 ntah..ada plak sorg peserta 1 juri, juri tu plak makcik2 indon housekepping. Last2 yang menang tu pun xde la bijak mana mengemas katil, terer lagi adik aku.


Biarpun aku xmenang, tapi aku puas hati, sebab ramai yang puji cara aku kemas, biasa lah, aku kan pembaca setia Impiana ngan Anjung Seri. Cuma makcik juri tu je yang tak reti kira, member2 aku pun xpuas hati cara dia bagi markah. Aku tau dia jeles sebab aku kemas lagi cantik dari dia, so takut tak dapat cari makan la tu. Cekup ngan cadar, hantar balik indon nanti ..padan muka ko..huhu. Tapi biasa la tu, sedangkan juri Juara Lagu yang grand tu pun org tak brape puas hati, ni kan plak pertandingan bodoh2 camni...

p/s : time ni la aku dapat tau rupanya ramai yang malas nak kemas katil sendri..tido nak sedap je tapi kemas malas..ape ah!!

Tuesday, August 11, 2009

Selama Aku Masih Bisa Bertahan.................



Demi semua yang aku jalani bersamamu

Kuingin engkau jadi milikku
kuingin kau disampingku

Tanpa dirimu ku hanya manusia tanpa cinta
Dan hanya dirimu yang bisa
Membawa surga dalam hatiku

Ku ingin engkau menjadi milikku
Aku akan mencintaimu
Menjagamu selama hidupku
Dan aku kan berjanji
Hanya kaulah yang kusayangi
Ku akan setia disini
Menemani…

Sentuhanmu
Bagaikan tangan sang dewi cinta
Yang berhiaskan bunga asmara
Dan membuatku tak kuasa

Di setiap arung gerakmu
Tersimpan di hati kecilku
Bahawa dirimu terindah untukku

Selama ku masih bisa bertahan
Selama ku masih bisa bernafas
Selama Tuhan masih mengijinkan
Kuingin selalu menjagamu

Monday, August 10, 2009

EMOSI tak STABIL

Aku dah belajar something :

Jangan " LIHAT " apa yang kita nampak.

Jangan " PERCAYA " apa yang kita dengar.

Jangan " RASA " apa yang kita sentuh.

Mungkin korang xfaham apa maksud aku tulis camtu kan. Xpe..aku bukan nak peningkan kepala korang fikir, ni blog aku ..so aku just nak taip apa yang aku rasa...baru lega skit perasaan ni. Just untuk ingatkan diri sendiri yang tiada siapa yang sempurna. Buat masa skang emosi aku macam tak stabil, maybe dah berjangkit ngan Aizul Marcello..ntah la..aku tak cakap apa yang Ajoy kata tu salah, tapi kalau boleh aku xnak terlalu negatif sangat..

Oh dunia ini...penuh kepalsuan
Mungkin kah tiada keikhlasan


To be continue........................

Thursday, August 6, 2009

Permintaan 8 " HATI "


Nak puaskan hati semua orang bukan senang.
Kadang-kadang hati sendiri tak terjaga.

Kalau boleh klon diri ni dah lama aku buat, biar semua orang dapat apa yang mereka nak.
Serba salah jadinya bila tak dapat nak penuhi permintaan sesetengah pihak. Tapi nak buat camne, aku bukan robot. Banyak sangat pilihan so tak tau nak pentingkan yang mana satu.


Untuk si A, si B dan si C...sory xdapat nak jumpa

Untuk si D...sory tak dapat nak pinjamkan sesuatu

Untuk si E...sory xblh nak penuhi permintaan

Untuk si F dan si G...sory bukan tak minat tapi xsanggup nak menipu

Untuk si H...sory masa kita dah berlalu

8 permintaan hati dalam sehari - 8 hati yang perlu di jaga - 8 alasan yang perlu diberi

Tapi cuma 1 keputusan yang dapat aku buat hari ni - T.I.D.U.R

Bukan ke lebih baik menjaga hati sendiri....??


Tuesday, August 4, 2009

Jilat - Lekat - Pos = ENJOY



Korang dah tgk filem ni? Karya terbaru Khabir Bakhtiar...mula masuk pawagam 30 Julai ritu. Tak tau filem ni pasal pe? Pi la google sendri..Aku dah tengok dan pendapat aku filem ni memang best. Semua watak dalam filem ni menarik lebih2 lagi si Sathiya..hahahaha..sangat menghiburkan..bukan lawak bodoh yang di buat-buat tapi lawak spontan. So sesapa yang tak tengok lagi tu pi la tengok cepat-cepat sebab selalunya filem MALAYsia tak kekal lama di pawagam ( MEMANG TAK ADIL ) walaupun filem tu memang bernilai..