Title cam lagu Dato Siti kan - Siti Situ Sana Sini. Tapi apa yang aku nak kongsi ngan korang ni lebih best daripada lagu Siti yang tak best tu. Cerita pasal pemandu teksi kat Malaysia ni yang mana aku rasa sangat melampau.
Pendek kan cerita , memandangkan semalam aku nak balik cepat, so aku plan nak naik teksi dari Puduraya ke Sungai Buloh. Jarak yang cuma 40minit kalau drive ikut highway. Aku try tanya 1 teksi ni, pemandu berbangsa india.
Aku : Bang , boleh hantar pi Sg Buloh.
Dia : Sg Buloh dekat mana ?
Aku : Kat Bandar Baru...berapa ah?
Dia : Ooo..sana ka? Boleh tapi mahal sikit la
Aku : Berapa ? Ikut meter kan?
Dia : Ikut meter..lagi mau tambah saploh rengget.
**sebelum ni aku pernah naik teksi gak, so kalau ikut meter RM 18.00 termasuk tol..kalau tambah RM 10 = RM28.
Erm..rasa cam mahal plak, kalau naik bas Selangor baru RM2.30..then aku tanya teksi depan dia..pemandu melayu.
Aku : Pakcik kalau pergi Sg Buloh berapa?
Dia: Sg Buloh kat mana? Bandar baru ke Paya Jaras?
Aku : Kat Bandar Baru
Dia : Erm...RM 70
Aku : 70 ??????!!!! Mahalnya !
Dia : Ye la...nanti balik kosong..rugi la.
Aku : Kenapa saya tanya India blakang tu baru RM28?
Dia : Ala..dia lain...
(sebab dah geram memikirkan tambang yang tak masuk akal tu, aku jawab kat dia )
Aku : Kenapa lain plak? Sebab pakcik tunggu depan dia? so kena bayar lagi mahal? Huh!
Gila kan..sesuka hati diorg je letak harga macam tu. Melampau betul...padahal teksi sama je..dua2 kaler merah, dua2 proton biasa, bukannya limo atau BMW.
2 minggu lepas, aku ada teman sorang guest hotel pi Sg Buloh gak. Pelancong dari Jakarta, dia nak cari pokok bonsai kat Sg Buloh. Memandangkan aku dok sana, so dia ajak aku teman tunjuk jalan. Kitorg amik teksi kat luar hotel. Teksi biasa gak, kaler merah. Lepas bincang driver tu cakap pergi balik Bukit Bintang - Sg Buloh dia kira RM 120 SAHAJA. Tapi bila dah sampai kat nurseri bunga tu dia mintak lagi RM 80, upah menunggu. WTF !! Masa kat hotel dia xcakap pun ada cas lain, alih2 dah sampai leh tambah plak lagi. Lepas guest tu merayu, dapat la kurang skit, so just bayar RM 180. OMG! Satu jumlah yang agak besar ok...kalau tak disebabkan guest tu nak check out hari tu gak, aku dah ajak dia naik public transport yang lain, tak sampai pun RM 10 tambang pergi balik.
Yang aku geram bila dalam teksi, si driver yang macam S**L tu leh plak cakap depan guest Indon tu camni :
" Ala..semua pelancong yang datang Malaysia, kaya..so kita 'ketuk' la diorang kaw-kaw "
" HEBAT" kan teksi kat Malaysia ni.