Tuesday, June 30, 2009

Kembali Senyum


Alhamdulillah..rini aku dah 100% sihat selepas 12 hari kena gastrik..Ya Allah !! 4 hari terakhir tu memang seksa rasanya..nak jalan pun rasa sakit. Tapi sakit camne pun ritu, aku still pi keja...degil kan! Sebabnya aku xsuka amik MC, xsuka nak menyusahkan orang lain untuk cover shif aku, tapi org lain asal sakit skit je nak MC . Memang sepanjang kerja dekat 3 tahun ni aku xpernah amik MC, kecuali masa eksiden ngelak kucing kat Jalan Kucing awal tahun ritu..


Untuk korang yang amik berat, bagi petua itu ini dan ofer itu ini..sekali lagi aku nak ucapkan terima kasih bebanyak..Jangan risau sebab aku dah
kembali senyum =)

Monday, June 29, 2009

Se' Petang Bersama Didi




Buah hati aku..Didi Arista...si kucing bertuah yang berjaya mengubah perception aku kat kucing. Masa kekecik dulu cukup anti ngan kucing...asal nampak je mesti aku hambat jejauh..nak2 lagi time mereka nak
" melepas " blakang umah...abis kebun aku dikerjakan..

Tapi skang tak lagi..sejak dapat Didi aku cam suka sangat ngan kucing. Didi baik..manja plak tu..dia la yang slalu sambut aku balik keja. Pantang nampak mesti mengiaw..mintak dibelai..dengan orang lain dia boh layan...kalau aku xde dia tak brani nak keluar...duduk je dia sesekor dalam sangkar, bila aku yang buka kan sangkar baru la dia nak keluar.
Paling best , Didi memang " suka bergambar "..diam je dia kalau aku suh pose

Kan best kalau Didi boleh bercakap..sure dia boleh faham apa aku rasa.

Xde la aku pendam semua dalam hati..

Erm...ntah la...

Yang pasti aku sayang Didi...



Sunday, June 28, 2009

Hingga Akhir Waktu ( KITA )



( 25 Jun 09 - 1.45 Pagi )

Ku cuba untuk melawan hati

Tapi hampa terasa di sini tanpamu

Bagiku semua sangat bererti

Ku ingin kau disini

Tepiskan sepiku bersamamu

Tak kan pernah ada yg lain disisi

Segenap jiwa hanya untuk mu

Dan tak kan mungkin ada yg lain disisi

Ku ingin kau disini tepiskan sepiku bersamamu

Hingga akhir waktu ...

Friday, June 26, 2009

ke - S.A.K.I.T - an


Aku SAKIT
Seminggu dah
Cuma 2-3 hari ni seksa sangat rasanya
kena GASTRIK..malam tadi gi klinik
kena pi refer HOSPITAL plak
takut ada masalah dalaman
Orang kata sebab aku STRESS..ntah la..maybe KOT

Buat KAMU..KAMU dan juga KAMU
Thanks sangat2 sebab amik berat
Tapi sory..aku xblh terima semua ofer tu
Bukan jual mahal cuma nak menJAGA HATI

INSYA'ALLAH...aku OK!!

Tuesday, June 23, 2009

" Kekasih " Paling Wangi

OMG !! Aku jatuh cinta lagi..

Bukan dengan Rubi..bukan dengan Rosalinda..bukan juga dengan Cinta Laura yang ter'gedik2 kat TV3 tu..tapi dengan haruman
Mont Blanc - Starwalker..

Walaupun dah lama kat pasaran, tapi kesedapan aromanya baru je berjaya menusuk hidung aku beberapa hari yang lepas. Perghh...memang mampu menggoda anak dara dan juga janda2. Baunya xbrape 'keras'...tu yang aku suka..dan disebabkan baunya lah big bos aku yang selama ni angkuh bila berjalan,leh masuk opis aku jap sebab nak try bau...

Sunday, June 21, 2009

Hari Untuk Bapa

Meh sini semua..nak kenal kan korang ngan ayah aku. Kot2 la leh sangkut jadi pak mertua sesapa..hehe

Nama : Ahmad Kamal
Umur : 55 Tahun
Kerjaya : Bekas Tentera - Pegawai Waren 2

Erm..bila bercerita tentang bapa / ayah / daddy (cam poyo je bunyi) / papa (meluat dengar bila abg aku bahasa kan diri dia papa ngan awek dia ) macam tak brape 'meriah' je bunyi kan..xmacam cerita tentang mak2 kita...biasanya kita lebih rapat ngan mak memasing..jarang aku tengok anak2 yang rapat ngan ayah kecuali bapa tunggal cam kisah chef Wan tu..xpe la..memasing punya selera kan..

Aku bersyukur sangat sebab still ada ayah. Cuma skang ni dia tak brape sihat, kena penyakit Parkinson- dah masuk tahun ke2. Alhamdulillah, xbrape teruk sangat cuma pergerakan dia agak terhad skit. Nasib baik mak aku ada, so dia la yang jaga ayah kat umah. Kalau korang nak tau, ni la salah satu sebab knapa aku tak duduk menyewa sendiri. Biarlah aku duk ulang alik jejauh pi keja asalkan aku tak jauh daripada mak ayah, bukan pe kalau pape jadi susah..aku xnak menyesal kemudian hari..selagi diorang ada, selagi tu aku duk ngan mereka.

Berbalik pada kisah ayah aku, erm..dia ok..xbrape garang. Masa muda dulu sebijik cam aku..hehe..Rasanya xde pe yang aku tak puas hati kat ayah aku..cuma kalau ada perselisihan faham skit2 tu ada la..tp adat la tu kan..Rasanya aku anak kesayangan dia..huhu..sebab semua rahsia, dia slalu cerita kat aku..aku pilihan pertama untuk dia bercerita itu dan ini.

Sempena hari bapa ni, walaupun ayah xbaca blog aku..(klu baca sure kata aku merepek..pastu tanya pasal awek..adoii) aku nak ucapkan Selamat Hari Bapa

"Ya Allah, ku pohon pada Mu..semoga kau panjangkan usia ayah ku..berikan dia kekuatan dalam menghadapi sisa hidup di dunia ini. AMIN "

p/s :Lambat skit aku post entry pasal hari bapa ni..bukan tak ingat cuma baru bgn tdo..sebab aku kerja malam.

Saturday, June 20, 2009

" Lamaran " 2 Konsert

1. Konsert SATU Dato' Siti Nurhaliza

Encik X : awak minat siti tak?
Aku : erm..xbrapa sgt tapi layan gak la 2..3..4..5.. lagu dia
Encik X : Ooo..pernah tengok konsert dia?
Aku : dia pernah buat konsert ke? (haha..dah aku xminat..so aku tak amik tau pun)
Encik X : La..pernah la...nak g tengok tak nanti?
Aku : Bila ?
Encik X : 26 -28 Jun ni..jom ah...
Aku : nanti saya check tabung beruang kat umah...kalau cukup leh la pi
Encik X : hahahahah...abg belanja la.
Aku : (nak goda aku la tu kononnya )
Aku : wuissh...xpe la..xberbaloi belanja benda yang saya tak minat..

# 2 kali aku tolak..mamat ni still ajak aku pi..xmau ah..baik duk umah tgk Buletin Utama

2. Konsert Lelaki Ini Anuar Zain

Adik Manis : awak...free tak nanti awal bulan?
Aku : bulan lepas ke bulan depan?
Adik Manis : bulan depan la wakkkk ..ngengada la
Aku : (uhh..gedik tul pompuan ni)
Aku : ooo...xtau lagi..rasanya keja kot
Adik Manis : xde..saya nak ajak awak teman pi tgk konsert Anuar Zain..akak saya dapat tiket free yang RM200 punya
Aku : wah!! RM 200 ? duk depan ek?
Adik Manis : yup..jom la...saya dah ajak member tapi ramai xdapat pi
Aku : ( owh!! kiranya aku pilihan terakhir la ni)
Aku : Erm..rasa macam nak pi tapi xtau la keja bila masa tu
Adik Manis : ala..awak ni asyik kerja je
Aku : dah tu..kalau tak kerja sape nak bg duit? awak ke?

# aku janji kat dia kalau dapat pi aku bagi tau, last2 dia inform dah ajak org lain..huhu


Friday, June 19, 2009

Selamat Kembali


Elo..Assalammualaikum utk korang yang baca blog aku.
Ramai duk tanya mana aku pi sebab dah brape hari tak update blog kan.

Erm..xde pi mana pun , just pi cari ketenangan dan kemakmuran..ahaks!
Actually ni baru je sampai, baru je masuk rumah.

Pasni nak pi kedai mamak-pi gunting rambut..dah serabai dah muka ni.
Pastu trus pi keja.

So wat korang yg amik berat pasal aku tu thanks yup..

Dia rindu kat aku tak ??

Tuesday, June 16, 2009

TAG dari Qima

1. Besides your lips, where is the favourite spot to get kissed?
Pipi kot..cam best je klu org cium pipi..pastu usap2 rambut hehe

2. How did you feel when you woke up this morning?
Rasa sangat malas nak pi keja sebab tak cukup tidur 2-3 hari ni

3. Who was the last person / people you took a photo with?
Si Comel..Didi

4. Would you consider yourself spoiled?
Erm...tak kot

5. Will you ever donate blood?
Nak sangat2..tapi xdan lagi nak derma walau setitik..huhu

6. Have you ever had a best friend who was of the opposite sex?
Dulu..dulu ada masa darjah 3..nama dia Laily Hanim..pastu masing2 bawak diri

7. Do you want someone to be dead?
Erm..nop..ada plak tanya cam gitu..bengong

8. What does your last text message say ?
" ko memang sengal "

9. What are you thinking right now ?
Nak cari keja lain

10. Do you want someone to be with you right now ?
Yup...sangat-sangat memerlukan beliau

11. What was the time you went to bed last night ?
Erm...kul 1pagi

12. Where did you buy the tee you are wearing now ?
Orang bagi..aku amik jek..t-shirt bodo2 je..dari Taman Negara

13. Is someone on your mind right now ?
Ada :)

14. Who was the last person who text you ?
Khairul Hisham

~TEN Lucky Person to do this quiz~
15. Who is no.2 having a relationship with ?
16. Is no.3 a male or a female?

17. If no.7 and no.1 get together , would it be a good?

18. What is no.1 studying about?
19. When was the last time you chatted with them ?
20.Is no.4 single?
21. Say something about no. 2.

22. What do you think about no.3 & no.6 being together?
23. Describe no.9 .
24. What will you do if no.6 and no.7 fight ?

25. Do you like 8?

Sori cik Qima..sampai je soalan ke 15 saya blur..so 10 soalan terakhir tu xdpt nak jawab la..

Monday, June 15, 2009

Aku Tak Reti Marah

Lama dah tak update blog ni, busy skit kat opis..nak online pun xde masa. Ada sesapa rindu tak? hehe...so rini nak jawab tag daripada si ipin..kebetulan kena plak ngan mood aku rini. Korang baca je la ek.

Marah - Dimarahi - Ter'marah

1.Bila anda last kena marah?
27 May lepas..masa tu kul 12 tgh hari..aku still simpan sms tu..

2.Kena marah dengan siapa? letakkan nama penuh dia.
Jawapannya Rahsia Bin Peribadi..huhu..mana blh bg tau

3.Apakah tindakan anda bila kena marah?
Senyap je kalau betul sendiri salah tapi kalau tak salah lebih suka pendam dlm hati.

4.apakah perkataan pertama yang kluar selepas anda dimarahi?
"nak buat camne"

5.antara bentes kaki dan pijak kaki, mana pilihan anda jika didapati anda tidak bersalah?
dua2 xnak buat..biar la..moga dia sedar dia yang salah

6.rasanya bile anda kena marah, anda akan lepaskan pada insan sekeliling? or siput tepi pasu?or pokok daun semalu?
kalau kena marah aku diam je..tak perlu libatkan org lain, duk sesorg pastu muhasabah diri..

7.apakah ucapan anda kepada orang suka marah2?
" xyah la nak marah-marah, xelok "

8. senaraikan beberapa orang yang anda rasa boleh jawab soalan ini?
a. pak pandir
b. nujum pak belalang
c. cik kiah dan rombongan beliau
d. mak limah lenggang
e. korang yang rasa rajin nak jawab

Friday, June 12, 2009

Bukan C.I.N.T.A Manusia Biasa

Sesuatu untuk D.I.A :


Ku tetap mencintaimu masih
Meski kau tak cinta aku

Ku tetap merindukan 
Meski kau tak pernah merasa 
sedikit pun untuk merindukan aku

Cintaku ini bukan cinta milik manusia biasa
Cintaku ini cinta sejati yang paling sejati

Ku tetap memaafkan salahmu
Meski kau terus sakiti

Ku tetap menerima
seribu kata maaf 
yang selalu kau ucapkan
dari bibirmu yang manis

Wednesday, June 10, 2009

Riang Ria Hari Selasa

Semalam busy sangat2..ye ker semalam? Tak la 3-4 hari lepas pun busy..Uhh..xpe la..ni nak cerita pasal semalam..

Owh..ok...xmoh gaduh2

Erm..tetiba rasa cam xcukup tangan je nak buat keja tapi nak buat camne kaki xleh tolong...Kalau kaki leh tolong sure keja aku cepat siap...Kalau cepat siap plak, nanti aku boring sebab aku spesis xduk diam..ada je benda nak buat...Xpe la kalau balik lambat pun keja dah siap, so sampai rumah xyah dok fikir pasal keja..Urusan kerja buat kat opis sebab kat rumah ada kerja lain menunggu, bila campur aduk serabut plak kepala nanti. 

Rambut plak dah panjang , so aku xleh fikir banyak sangat..nanti pening. Tapi sayang plak nak gunting rambut ni...kalau tak gunting xleh gak sebab rambut aku jenis ikal..Skang ni pun blah tepi ngan belakang dah melentik hehe..Terpaksa la sapu jel lebih skit sebelum kena sound ngan mereka yang dengki..lebih2 lagi bos2 yang dah keguguran rambut.

Sepatutnya balik kul 3 tapi terpaksa balik kul 5..So sebelum balik tu sempat la amik gambo beberapa puluh kali..Tapi xleh upload bebanyak kat sini, nanti ada yang makan hati..maklum la aku tak sempurna "  cam korang..pedulik pe kan..janji aku happy..

Ni lah hasilnya

Tuesday, June 9, 2009

Ketika Cinta Bertasbih

Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabdamu dalam kitabku

Cinta yang bertasbih
Mengutus Hati ini
Ku sandarkan hidup dan matiku padamu

Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padamu Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit

Ketika cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta

Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur padamu atas segala cinta

Monday, June 8, 2009

" ARWAH " Akmal Arista

Staff aku wat hal lagi.
Semalam 3 jam aku tunggu macam orang bodoh.
Jam 2 pagi baru aku gerak balik rumah. Macam biasa , aku dah agak , dengan angin malam sepoi2 bahasa, sure aku akan terlelap atas scooter. GILA kan..

Tak sedar bila aku terlelap masa lalu kat Jalan Kucing. 
Tiba - tiba dengar bunyi hon kereta - kuat sangat.
Ya Allah..Aku tersedar dan mujur sempat elak ketepi. 

" Hoiii !! Nak mati ke ?? !! "

Si FairLady pecut laju dari belakang.
Fuh !! Allah je tau perasaan aku masa tu. 

Alhamdulillah , umur aku panjang lagi. Kalau tak sure aku dah jadi ARWAH
dan SEGALANYA TENTANG DIA 
pasti terkubur sama tanpa berita.

Sampai rumah dah pukul 3 pagi. Aku xleh tido padahal pagi ni nak keja kul 9.
Bila terlelap aku tak perasan.
Bangun pagi ni blur jap.
Mungkin ada yang akan menyesal kalau aku dah 'takda' hari ni


p/s : 'Maut Dilanggar Kereta Idaman' mungkin jadi tajuk berita sebab aku memang minat kereta FairLady tu...huhu



Sunday, June 7, 2009

Satu Dunia 1 MALAYSIA

Memandangkan scoot aku kat bengkel lg, so semalam aku pi keja naik bas. Wah! lama betul tak naik public transport pi KL..rasa macam teruja plak..

Bayar tambang RM2 aku gerak dari Sg Buloh sampai kat Central Market. Turun je bas kat CM tu aku rasa lain macam...Uit ! Adakah aku bermimpi...ni Jakarta ke KL? Walawei..ramai betul mat2 indon kat situ..toleh kiri indon..toleh kanan indon..Aku masuk CM plak..kali ni penuh mat2 saleh dok shopping kraftangan kita. Sape kata kraftangan kita tak bagus ? Ada 3-4 orang pelancong tu penuh tangan duk bimbit plastik, macam2 diorg borong. Erm..sempat gak la aku beli "cincin tunang" untuk diri sendiri..huhu

Yang tak bestnya naik bas pi keja ni, aku kena catwalk dari CM ke Bukit Bintang..bayangkan betapa jauhnya kaki nak melangkah. Lalu plak kat area Petaling Street yang penuh dengan kepalsuan tu. Kali ni terasa macam sebelah kaki kat Myanmar sebelah kaki kat Vietnam..ish..ish..macam2 ragam mat2 Myanmar ngan mat2 Vietnam kat area tu...Belum lagi lalu kat kawasan tumpuan mat2 Bangla ngan mat2 Nepal depan Mydin Pudu, kawasan mat2 Negro sekitar Bukit Bintang...lagi la sesak..maklumla semalam kan cuti umum. So time cuti camni la diorg semua serbu KL jumpa kengkawan, sanak sedara dan sepupu sepapat.

Bila fikir balik aku rasa kita kat Malaysia ni memang cukup beruntung. Boleh dikatakan lubuk rezeki kalau tak takde la PATI & PADI berduyun - duyun datang sini cari keja kan. Apa saja keja diorg leh buat janji dapat duit nak sara idup. Cuma masyarakat kita je yang kadang-kadang terlalu memilih kerja. Kerja penat sikit tak boleh , kerja kotor sikit tak boleh..macam2 alasan lagi yang boleh kita dengar. Tak kisah la kan rezeki masing - masing. Yang penting kena bijak cari peluang teruskan hidup.

p/s : PATI = Pendatang Asing Tanpa Izin  & PADI = Pendatang Asing Dengan Izin

p/s2 : kalau korang pi CM,  jangan lupa masuk toilet kat sana. Perghhh!!! CANTIK GILA !! Dekorasi yang sungguh mengasyikan..dan CM dah tak macam dulu..AKU KAGUM ! huhu

p/s3 = Meh la kita sama - sama bersyukur sebab dapat hidup kat negara bertuah cam Malaysia ni. 

Saturday, June 6, 2009

GILA sebentar bersama SCOOTER

Semalam scoot aku wat hal lagi. Kali ni kira tahap membebankan.Satu tahap yang buat aku rasa macam menyesal plak guna scooter.Tapi nyesal pun tak guna sebab dah 5 tahun aku guna.

Bawak g bengkel, lepas apek tu kenal pasti punca masalah..sesi bedah siasat pun bermula. Gedebak gedebuk pas habis semua part dia buraikan termasuk waktu aku menunggu selama 7 jam. Ya..7 jam ok..! Seolah menunggu ayam jantan bertelur..


Ya Allah..tension betul. Datang kul 3 petang..kul 10 malam baru siap..tu pun lepas aku bayo 660 hengget!!! Satu jumlah yg agak banyak...mengemis gak la smalam semata-mata nak cukupkan duit.

Betul la org cakap..guna scoot ni best tapi membebankan..Bila kira balik ngan jari jemari, aku dah habis RM1000 lebih dalam tempoh sebulan semata2 repair scoot tu..Memang GILA kan...macam nak repair keta plak. Dah..pasni aku xnak repair pape lagi..Awal tahun nak beli keta..tahun bila tu tatau la..huhu..Insya'allah bulan 1 tahun depan. AMIN !
 

Thursday, June 4, 2009

Cuma Orang Biasa

Ini kisah benar.
Kisah tentang mereka.
Mereka yang nak berkawan dan juga gatal nak mengawan...

Antara mereka sibuk ajak jumpa
 Aku kata 'busy..xde masa..insya'allah kalau free' 
Mereka kata aku sombong

Antara mereka ofer diri ajak couple
 Aku kata ' sory xminat...kita kawan je' 
Mereka kata aku jual mahal

Antara mereka sibuk suh aku sms selalu
 Aku kata ' kenapa mesti aku yg sms..xde apa nak sembang' 
Mereka kata aku kedekut

Antara mereka paksa aku call selalu
 Aku kata ' wah...kenapa tunggu aku yg call?...nampak sangat pentingkan diri' 
 Mereka kata aku jahat

Adoiiyai..apa ni ?? 

Kalau niat tu ikhlas nak berkawan , tak perlu la nak paksa2 aku buat benda2 tu semua..nampak sangat ada yang nak amik kesempatan. Aku xfaham sebab aku cuma orang kebanyakkan. Untuk kamu..kamu..kamu dan juga kamu...tolong la faham..bukan senang nak puaskan hati semua orang. 

Tuesday, June 2, 2009

3 Malam 2 Hari

Assalammualaikum..wassup korang..!! Hehe...sesapa yg dok rindu tu, now i'm back. Sory ya, hari ni baru ada masa nak update blog..Baru je balik bercuti dan mencuci mata serta apa saja yang patut di cuci kat JB..

Yup..lebih kurang 3 malam 2 hari aku kat sana. Pagi jumaat pi pagi senin terpaksa balik KL. Kalau ikukan hati macam xnak balik je tapi nak wat camne, 60% idup aku ada kat KL..huhu..
So, xde pe yang menarik pun nak kongsi ngan korang sebab yang menarik tu semua cerita peribadi..tak sesuai untuk tatapan umum.

Aku start cuti hari jumaat, so dlm kul 12 naik bas g JB tapi menyakitkan hati sebab kul 1 bas baru nak gerak. Perjalanan yang sepatutnya amik masa cuma 4 jam lebih jadi 6 jam ! Dah la aku tak sabau nak smpi JB tapi driver tu plak bawak..ya Allah..punya la slow..terlalu berhemah dan patutnya dia jadi driver jentolak je. Sempat lagi dia berenti isi minyak 300++ liter..Korang bayangkan betapa jenuhnya aku nak menunggu. Sedangkan tunggu isi minyak kancil pun aku dah bosan, ni kan plak bas...Adoiyaiii..!! Atas niat baik, aku nak nasihatkan korang jangan naik bas ni, ANTAR HOLIDAY - Super VIP..huh! VIP mendenya..auta je lebih.

Boikot ini bas !!

Sampai kat area Macap, bas yg hampeh ni berenti kat satu kawasan rehat. Tatau la aku apa nama tempat tu, tapi rasanya dah kena sumpahan kot sebab banyaaaaaaaaaaak gila lalat ! Eiww..perut yang berlagu sepi pun terus berenti berbunyi..ingatkan leh la aku makan apa2 yang patut tapi xde selera bila tengok lelalat bercanda ria sini sana..

Kematian Yang Tak Patut Di Ratapi !

Malam tu plak aku pi karaoke kat Red Box Jusco Tebrau City. Hampir 5 jam kitorang duk" menyumbangkan " lagu...melepaskan rindu yang terpendam hehe..Dekat kul 2 pagi gerak pi Kota Tinggi plak...

( APA YANG BERLAKU SELEBIHNYA - BIARLAH RAHSIA )

So pagi semalam (isnin) aku amik bas kul 8 pagi. Sob..sob...tuhan je yang tau pe aku rasa time tu..berat sungguh kaki nak melangkah balik..huhu..Xpe la..hujung bulan ni aku datang lagi...

Tapi tu ah, ingatkan pergi je ada masalah, rupanya nak balik lagi teruk. Aku beli tiket bas Smart Ekspres tapi dipaksa naik bas jenama apa ntah..dekat kul 9 pagi bas baru nak gerak..yang menyakitkan hati boleh plak diorg berenti lagi 3 stesen nak kutip penumpang bagi penuh..sampai ke Seremban plak tu..Ya Allah..huru hara sungguh..1 bas di kongsi 4 syarikat bas..nak cut cost la tu kononnya tapi penumpang yang jadi mangsa...Budget sebelum kul 1 aku dah boleh sampai rumah tapi last2 kul 3 gak aku sampai...PENAT SEH !!

p/s : Ahad tu sempat gak aku tengok Terminator..fuh !! gempak seh..macam Transformers plak sebab banyak tul robot cencanggih..berbaloi gak walaupun aku duk 6 baris dari skrin...huhu